Saya selalu tertarik dgn Kisah cinta Nabi Allah Yusuf (Alaihissalam-AS) dan Zulaikha. Mungkin ramai di antara kita yang mengetahui kisah kekacakan Nabi Yusuf (AS) sehinggakan Zulaikha, ibu angkatnya sendiri jatuh cinta padanya. Nabi Yusuf (AS) disumbatkan ke dalam penjara setelah Al Aziz, pembesar Mesir pada masa itu yang juga merupakan suami Zulaikha tidak tahu apa yang patut dilakukannya setelah peristiwa Zulaikha cuba menggoda Nabi Yusuf (AS) dan menarik baju yang dipakainya hingga terkoyak di belakang. Namun dengan izin Allah, seorang bayi yang kebetulan ada di situ berkata-kata dan membersihkan nama Nabi Yusuf (AS) yang suci. Selepas peristiwa itu, Zulaikha menjadi gila kerana tidak dapat menahan rasa cintanya pada Nabi Yusuf (AS) hingga Al Aziz terpaksa melepaskannya. 12 tahun berlalu dan nabi Yusuf dilepaskan dari penjara dan menjadi menteri kewangan.
Semasa Zulaikha gila kerana terlalu merasa cinta kepada nabi Yusuf, Zulaikha merasa insaf dgn segala dosa2nya. Disini ada satu pengajaran utk panduan wanita2 solehah. Zulaikha berdoa kpd Allah yg berbunyi," Ya Allah sekiranya Engkau mentaqdirkan nabi Yusuf tida jodoh dgnku, maka tolong lah hilangkan rasa cinta ini di dalam hatiku, dan sekiranya Engkau mentaqdirkan jodohku dengannya, maka tolong lah aku."
Hinggalah pada suatu hari, sewaktu Nabi Yusuf (AS) berjalan-jalan di pasar, beliau terjumpa seorang perempuan tua yang gila dan asyik menyebut-nyebut namanya. Rupa-rupanya, perempuan itu ialah Zulaikha. Dengan izin Allah, Zulaikha menjadi muda kembali hasil mukjizat Nabi Yusuf (AS), dan mereka berkahwin. "Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan telah Aku cukupkan untuk kamu nikmatKu serta telah Aku redha Islam sebagai agama kamu." (surah Al-Maida: 3) Setelah peristiwa itu, Zulaikha menemui cinta yang lebih abadi, Zulaikha kini benar-benar bersyukur kerana Allah SWT yang Maha Pengasih dan Penyayang telah memberikan peluang kedua padanya. Cinta Zulaikha kepada Nabi Yusuf (AS) telah luput, digantikan dengan cinta makhluk terhadap Pencipta-Nya. Masanya dihabiskan dengan bermunajat kepada Allah hingga beliau tidak mempedulikan Nabi Yusuf (AS) sendiri yang suatu waktu dulu digilainya. Mengikut ceritanya, Nabi Yusuf (AS) telah menarik baju Zulaikha yang asyik beribadat. Malaikat yg memerhatikan peristiwa ini tertawa dan berkata, dahulu zulaikha menarik baju Yusuf, sekarang Yusuf pula menarik baju zulaikha. Melihat pada peristiwa ini, nyatalah cinta sesama makhluk tidak akan kekal, apatah lagi kalau cinta itu dilandaskan kepada nafsu semata-mata. Cinta Shah Jehan kepada Mumtaz Mahal terabdi bersama berdiri megahnya Taj Mahal, namun sedarkah kita bahawa pembinaan Taj Mahal telah menyebabkan tangan pengukir-pengukir yang handal dipotong semata-mata kerana Shah Jehan tidak mahu ada bangunan lain di dunia ini yang dapat menandingi kecantikan Taj Mahal!!
p/s: betapa adilnya sang Pencipta...DIA tetapkan sesuatu dgn sebabnya..(",)
newborn part I
16 hours ago



1 comments:
keep your good work!
well done..
Post a Comment