Dengan nama Allah s.w.t. yang Maha Agung, Maha Pemurah, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun dan segala Puji-pujian serta Kebesaran yang selayak dengan Kekuasaan-Nya yang mengandungi Keberkatan, Kelazatan, Kemanisan, Ketenangan dan Ketenteraman yang tidaklah tersembunyi kepada orang yang pernah menyebut nama yang suci itu dan pernah mencintai-Nya buat beberapa lama.

Sabda junjungan Agung kita semua umat Islam Baginda Rasulullah s.a.w: (Sampaikanlah apa yang kamu dapat daripadaku walau hanya satu ayat)
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa hendak berdialog dengan Allah s.w.t. maka bacalah Al-Quran"
Riwayat dari Utsman ibn Affan r.a. berkata :Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al-Quran lalu mengajarnya."
Al-Hakim mengikhraj dari Ibnu Mas'ud:
"Barangsiapa membaca satu huruf dari Kitab Allah s.w.t. (Al-Quran) maka baginya pahala satu HASANAH (satu kebajikan) dan satu HASANAH itu berganda sepuluh. Tidak aku katakan ALIF-LAAAM-MIIIN adalah satu huruf, melainkan ALIF satu huruf, LAAAM satu huruf dan MIIIN satu huruf."
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Kau pergi dipagi hari lalu kau belajar satu ayat dari Kitab Allah s.w.t. (AL-QURAN), sungguh hal itu lebih baik bagimu daripada kau lakukan solat seratus rakaat."
Dan diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.:
"Barangsiapa mendengarkan satu ayat dari Kitab Allah s.w.t. maka dicatatkan untuknya HASANAH berganda, dan barangsiapa membaca satu ayat Kitab Allah s.w.t. maka ayat itu merupakan nur baginya kelak dihari kiamat."
Juga diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Hai Abu Hurairah, pelajarilah Al-Quran dan ajarkanlah kepada manusia, dan kau selalu begitu hingga datang maut menghampirimu dalam keadaan begitu maka para malaikat berduyun-duyun kemakammu sebagaimana orang-orang mukmin berduyun-duyun keBaitullah al-Haram."
Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa mengajarkan kepada anaknya satu ayat Al-Quran maka hal itu lebih baik baginya daripada ibadah selama seribu tahun, (iaitu) berpuasa disiang hari dan solat dimalam hari selama seribu tahun dan lebih baik baginya daripada seribu dinar yang ia sedekahkan kepada kaum fakir miskin."
Di antara surah-surah yang sangat baik untuk dibaca ialah:
1. Surah Yasin, Ia merupakan surah jantung al-Quran (Hadith Riwayat Ahmad)
2. Surah ar-Rahman, ia diibaratkan gadis pengantin (Hadith Riwayat al-Hakim)
3. Surah al-A’la, ia adalah surah yang sangat digemari oleh baginda Rasulullah s.a.w. (Hadith Riwayat Ahmad)
4. Surah al-Fatihah, ia merupakan pokok al-Quran (Hadith Riwayat al-Bukhari).
5. Surah al-Kahfi, ia adalah tempat naungan pada hari akhirat (Hadith Riwayat al-Bukhari)
6. Surah al-Kahfi, ia merupakan tempat naungan para malaikat (Hadith Riwayat Muslim).
7. Surah as-Sajadah, ia sangat digemari oleh baginda Rasulullah s.a.w. (Hadith Riwayat at-Tarmizi).
8. Surah al-Mulk, ia adalah surah yang memberi syafaat pada hari akhirat nanti (Hadith Riwayat Ibnu Majah).
9. Surah an-Nas dan al-Falaq, ia adalah surah yang memberi perlindungan pada hari akhirat nanti (Hadith Abu Daud).

..pernah satu ketika dulu..diri ini jauh dari Al-Quran..kusut ..gelisah..hati x tenang...lupa tujuan hidup..dan pada ketika itu yang satu2nye membuatkan hati ini tenang hanyalah ber"sms" manja dengan si dia ..hanyuuut..dan hanyuut dibawa arus..ades..kesal sekali..
sehinggakan disuatu petang di cube asrama:
"adik,kalo x baca pom Quran tuh jangan lah sampai berahabuk macam nih..nampak sangat",tegur sorang kakak LDP ketika spotcheck .ulp..naik merah padam muka aku masa tuh..jahilnya rasa diri..sedih sungguh..
dan bertapaknya diri ini di bumi Mesir..alhamdulillah,al-Quran kami lazimi..banyak yang diri ini pelajari..banyak yang diri ini rasa x penah tau kemudian diberitahu sekaligus deperingatkan..seolah-olah sedang sang Pencipta itu sedang menyampaikan risalahNya ..biarpun dengan secara perlahan-lahan ..subhanallah.indahnya jalan Allah..
SeMoGa Diri Ini TIdaK diPalingkan Dari Cinta Allah.aMeeeen..(^_^)
3 comments:
adus, insafnyer bile bace entry nie....
kalau cikgu yg ngajar Al-Quran? perrggghh! 'kaya seh'! :)
ya, kena baca Al-Quran hari-hari, mudah-mudahan..... dekaaaat di hati!
to Nadiey:
jom sama2 menginsaP..hidup ini indah jika saling memperingati..=)
to lelucon:
iya2..kaya bangat..nak2 lagi "harta akhirat" tuh..hak tu la yang nak kna pungut banyak2 tuh sebelum kita "dipungut" ..=D
amiin.. begitu la hendaknye ye.. hidup itu indah jika saling mengingat..=)
Post a Comment