Tuesday, March 24, 2009

..iSlam vs SaiNs.

PERTEMBUNGAN ANTARA SAINS MODEN DENGAN ILMU WAHYU (AL-QURAN) & HADIS


Dalam artikel ini saya menceritakan pengalaman diberikan Allah anak sulung dengan memberikan anak manja ini makanan rapu. Sebenarnya, melalui anak yang sulung ini, begitu banyak Allah memberikan ilmu melalui pengalaman membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur saya di atas segala nikmat yang diberikan Nya.

Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah dari SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highland, Sekolah Mahmud Raub dan akhir sekali di Sekolah Menengah Sains Raub. Saya mengajar subjek utama biologi tingkatan 4 dan 5 di samping beberapa subjek lain. Dalam subjek biologi ini saya menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan . Saya tidak pernah membuktikan sama ada benar dakwaan sains ini tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia terdapat di dalam sukatan pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang.

Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh. Namun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini “Janganlah kamu makan organ dalaman” . Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:
1. Hati
2. Paru-paru
3. Perut
4. Hempedal
5. Buah pinggang
6. Jantung
7. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
8. Telur ikan
9. etc.

Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini
. Mana yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad SAW ini?

Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu, setelah berbagai makanan rapu termasuk berbagai jenama minuman bergas diberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah menghadapi satu masalah, beliau mudah letih dan tidak bermaya. Saya dan isteri membawa anak kesayangan ke klinik di Raub Pahang. Doktor Cina di klinik ini sangat rapat dengan saya dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar matapelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan Isteri saya.

Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya darah anak saya ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warna darahnya kurang merah . Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak sulung kami ini makan banyak hati seperti hati ayam . Doktor juga ada memberikan supplement untuk anak kami tersebut.

Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu singgah di pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam untuk diberikan kepada anak disamping makanan ayah dan ibunya . Walaupun dengan supplement dan hati ayam yang diberikan, keadaan kesihatan anak saya semakin merosot . Ia semakin sangat mudah letih. Beliau hanya akan menjadi penonton apabila sepupunya bermain atau rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran.

Perniagaan doktor ini semakin maju maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam. Pada usia anak saya ini 4 tahun, doktor Cina ini dah surrender dan merujukkan kes anak saya ini ke Hospital Universiti Petaling Jaya . Saya dan isteri terpaksa mengambil cuti membawa anak menemui doktor pakar kanak-kanak. Anak saya diambil darahnya dan doktor minta anak saya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak. Bacaan hemoglobin dalam darah anak saya cuma 4.2 sedangkan orang biasa sepatutnya dalam lingkungan 12 dan ke atas . Allah saja yang mengetahuinya azab yang kami lalui. Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya kena anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal 120 hari). Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu (Talesemia). Saya menelefon kakak ipar saya di Tapah bertanyakan apa itu Talesemia. Subhanallah, penjelasannya sangat mengerikan. Kanak-kanak penghidap talesemia selalunya meninggal dunia sebelum usia mencecah 7 tahun . Adakah saya akan kehilangan anak sulung yang dikasihi?

Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuah farmasi di Kajang mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk mengubati masalah anak saya. Saya ternampak sebuah ubat supplement buatan Amerika dalam bentuk cecair bernama NUTROPLEX. Saya tawakkal membelinya dan memberikan ubat ini kepada anak saya. Alhamdulillah bacaan hemoglobin anak saya meningkat sehingga ada waktunya kepada bacaan 7. Satu perkara lain selain masalah masalah yang telah disebutkan di atas, anak saya ini kerap sekali menghadapi demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun sehingga berusia 13 tahun . Pendek kata, sekolah memang terpaksa selalu tidak hadir kerana demam.

Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan anak sulung ini sehingga berusia 13 tahun. Kerap demam dan tidak bermaya serta mudah letih. Kemuncak masalah ini ialah bila satu ketika saya mendapat panggilan telefon dari isteri mengatakan anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius. Waktu ini saya sudah mula berguru dengan arwah guru saya. Segala masalah anak saya sudah sedia dalam makluman arwah guru cuma menanti saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu kepada saya.

Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius, saya menelefon arwah guru saya. Setelah saya menjelaskan cerita sebenarnya, arwah memberitahu saya agar mencari sebanyak mungkin buah delima masak di mana-mana kampung dan berikanlah makan kepada anak saya. Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyak juga buah delima kampung dan saya menyuapkan kepada anak saya. Alhamdulillah selepas beberapa hari, anak saya dibenarkan keluar dari wad hospital .

Bermula dari saat inilah saya terpaksa akur sahaja dengan apa yang disarankan oleh arwah guru saya. Sebelumnya, saya memang banyak membantah kata-kata arwah guru, maklumlah saya lulusan universiti (biologi & kimia) sedangkan arwah guru sekadar pengamal perubatan tradisional dan tok guru agama . Arwah guru saya menasihati agar:
1. Elakkan dari makan sebarang organ dalaman seperti hati dsbnya
2. Elakkan makanan rapu seperti coklat, maggi mee, twisties, ding dang, double decker, burger, naget, sausage dan sebagainya
3. Elakkan minuman bergas
4. Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah
5. Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit.
6. Makan buah delima
7. Makan epal hijau


Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan) melainkan mencuba kaedah rawatan arwah guru semata-mata
, akhirnya saya bersyukur kepada Allah SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk merawat kes anak saya. Sejak dari saat ini, anak saya ini kelihatan semakin sihat dan segar dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun telah menjadi sejarah . Syukur Alhamdulillah terima kasih kepada Mu ya Allah di atas rahmatMu.

Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah. Saya menyumpah kepada ilmu sains yang mengajarkan bahawa makan hati boleh membawa kebaikan kepada manusia . Saya menyumpah juga kepada diri saya yang selama ini mengajarkan kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya membawa mudharat kepada manusia. Ampunilah dosa ku ya Allah kerana mengajarkan ilmu sesat di sekolah dahulu (ilmu makan hati untuk menambah darah).

Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat . Orang Yahudi ini beranggapan jikalau dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Tanggapan saya ini adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja . Mereka ingin menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam. Saya berkata demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati . Mereka juga tidak makan kepala ikan seperti disarankan Nabi sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan kepala ikan .

Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan Rasul Nya saja yang mengetahui dengan tepat
. Pengalaman anak saya serta didiagnosed oleh doktor sebagai pesakit leukemia sudah cukup mengajar saya betapa mudharatnya memakan hati. Anak saya telah memakan hati ayam dengan begitu banyak sekali semenjak berusia 2 hingga 13 tahun . Subhanallah.

Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan moden, waspadalah, berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi dan Nasrani di dalam ilmu sains dan perubatan moden . Mereka mengajarkan tidak ada ubat bagi menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung dan bengkak hati sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat melainkan mati .

Credit to : http://isuhagat1.blogspot.com/2009/02/hati-hati-makan-organ-dalaman.html

.....................................................................................................

artikel ini saya copy dari blog seorang kawan...ape yang menarik saya untuk meng"copy" artikel ni,bilamana ader pertembungan ilmu sains dan islam yang perlu kita ambik tahu kat cni..tapi sejauh mana kebenarannya..wallahuallam..hanya Allah yang tahu..


dari pengetahuan saya sendiri sebagai pelajar perubatan yang baru setahun jagung neh, saya sememangnya diajar bahawa makan hati akan bantu pembentukan darah oleh kerana kandungan zat besinya (a.ka..ferum) tinggi...yakni,necessary component for blood formation..ntah!..saya sendirik pom bingung!.... masih x layak untuk saya mengulas panjang dengan ilmu yang x seberapa nih.huuu


tapi walaumacemane pom ,yakinlah dgn ilmu Allah, sebagaimana yang telah tercatat dalam Al-Quran-panduan lengkap hidup islam..dan setiap yang Allah perintahkan itu ade hikmahnya.. tidak sekali sia2..

satu lagi yang menarikk pasal artikel ini..ia seolah-olah memberitahu saya bahawa pentingnya untuk kita semua bukan sahaja menguasai ilmu yang sedia kite kuasai..malah ajaran islam juga perlu kita kuasai supaya kita boleh jadikan landasan yang tepat untuk mengkaji ilmu tersebut..

dan ingatlah bahawa segala satu ilmu yang ade di dunia ini adalah milik Allah..





p/s: extraOrdinary doctor impianku..ya Allah jadikanlah aku di kalangan extraordinary itu..ameeen.

13 comments:

♥ LeeN ♥ said...

masya'Allah... terkejut juga membacenye..

tp akak mmg dr kecik tak makan walau sejenis organ dalaman... sbb pernah terdengar orang kata tak brp elok. tak berapa... bukan totally tak elok.. lagipun bukan tiap2 hari kita makan kan?

betul.. dont be one of the many, be one of the few... itulah moto yg pernah akak faci akak ajar dulu-dulu...

gudluck bebehhh.. =P

..Ojie.. said...

huhu

jee mkn semua akak..akak pon tau kan kalu balik klantan....huuuuuu

iyup! i want it! i want it!!!
"be one of the few"
ameeen~

mat3om lilgad said...

artikel yg boleh diragui..
banyak artikel2 sebegini tersebar meluas di internet terutama zaman orang berblogger..
kesannya?...orang melayu semakin banyak diselubungi misteri,pantang larang,adat petua,tanpa ada teori kontemporari yang kukuh dan menyebabkan melayu sukar utk berubah..UMNO pon berubah,tolak rafidah, naik shahrizat..petua ni abbreviation pesan orang2 tua, bukan pesan nabi, so boleh silap..)

kesilapan penulis dlm kisah ini jelas..mari kita tengok satu2

1-memberi makanan yang tidak sihat kepada anaknya-

# makanan rapu,air bergas, cekedis,..nasib baik tak bagi rokok...amphetamine..syabu...heroin...cocaine..nauzubillah...
inilah punca utama anak nya letih, kurang bermaya, demam kura2...bukannya sbb makan hati...

sepatutnya diberi makanan pemberi tenaga adalah carbohydrate(serat) dari roti, nasi,bijirin,ful,3ish baladi dan lain2 + vitamin dan enzyme(ingat kreb's cycle dari biochem?..hahah)..

pemberi tulang besi yang sihat dan kuat = calcium dan fosforus + constant bone conditioning and exercise (striking,hitting the bones causing micro-fractures in the bones which are healed up with a litle more than before, making the bone more dense -ingat muay thai tendang keting smpai keras,sepak bola, lari..

pemberi otot2 kental=protein dan workout.....senang minum susu jer tiap2 hari semua ada...

ayat "akan menjadi penonton apabila sepupunya bermain atau rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran-mmg tak bleh blah"....itu makananya anak die tak reti bersosial-nerd-noob-mandorm-kaki bangku..bukan masalah makanan.

2-"Namun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini “Janganlah kamu makan organ dalaman'' "

# Huh?..islam yang ajar?.....kabur~~...yang pasti
Ibnu Umar R.A secara marfu’ mengatakan, “Dihalalkan bagi kami dua bangkai dan dua darah. Dua bangkai itu adalah bangkai ikan dan bangkai belalang. Sedangkan dua darah itu adalah hati dan limpa (hempedu).” (Shahih HR Ibnu Majah(3314) dan Ahmad(5690))

wujudkah ayat tegahan “Janganlah kamu makan organ dalaman'' beserta perbahasanan ulamak seperti ini= walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya??...adakah itu hanyalah pesan orang2 tua?satu persoalan..saya tak pandai..saya bukan ostad..

3- Racist!!!!!

# Doktor Cina di klinik ini (perlukah di streesskan CINA disini??)

# Perniagaan doktor ini semakin maju maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam (huhuhu...pergi la klinik kerajaan,free..patu cari graduate dari mesir..bak kata ostad2 sini..budak Tibb mesir ni ilmu medic boleh, ilmu agama boleh....kembang idung..hmnph..hmnph)

4.-Silap siapa?

#Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah anemia..
Melihat kelopak mata..tidak akan nampak anemia..yang nampak pallor(pucat-putih-) or cyanosis(biru) dan banyak D.D nya...
anemia hanya confirm selepas lab test-complete blood count(CBC),hematocrit, MCH..arghh..medic sungguh!!! saya bukan doc lagi..tapi wannabe

5-Saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat ..

# orang islam mundur-salah yahudi..orang islam kelam kabut-salah yahudi..orang islam sengal-salah yahudi...bak kata guru besar saya..kelas kamu kotor pun salahkan yahudi!...trial spm kamu busuk pon salahkan yahudi..apa kes???...saya ada ramai member palestine kat kuliah, tak tahu nak explain mcm maner..tapi agak pening2 jugakla saya tengok diorang punyer style dan gaya....tak sedihkah mereka?.hepi semacam jer..camner nak bebaskan palestine kalau mcm tue..maybe diorang jer kot mcm tue....bisala budak amik medic kene sosial sikit...mcm ustazah ngan dukturah kat sini la..dua2 dari malaysia. tapi berbeza..sungguh!!...hehe...duktur2 pon apa bezanya..sama jer..hehe..dapat beza ni ostad ker duktur..

6-hati /liver

# histology sikit(ker physio?..lama dah tinggal bab teory2 ni)

fungsi utama- menyahtoksinkan @ membersihkan darah dari segala macam toksin dari hormone(insulin), obat(panadol), hempedu, racun, bahan kimia, urea...
kalau hati rosak maka jadilah jaundice(demam kuning), gynecomastia(payudara lelaki???), diabetes(kencing manis)..uric acid gout...and the list goes on and on...

mungkin fakta ini yang menyebabkan nama hati ini sungguh buruk utk diambil didalam diet...kenapa nak makan hati sedangkan ia bertindak sebagai filter kepada toxin dan sudah tentu ianya akan kotor seperti filter air paip yang berkeladak biler lama2......
haaaaaaaaaaaaaaa..budakmedic sila jawab...oogie otomen the dr wannabe ..camner??..huhuhu

jawapannya ..sememangnya hati mennyahtoksikan @ membersihkan darah, tetapi hati tidak menyimpan toksin2 berikut...hati mengubah toksin /obat /hormon supaya menjadi lebih larut air supaya mudah untuk dikencingkan(ingat urine test utk mat ganja,pregnancy test,rifampicin kencing merah)atau ke bentuk bile yg diberakkan (taik yg bertukau2 warna,kejap gelap,kejap cerah,kejap hijo).......toksin2 berlebihan yang tidak dapat dineutralkan akan disimpan di tisu2 lemak adipose dibwah kulit (ingat mak kata jangan makan kulit ayam nnti kene cancer)...anda mungkin mati ketika umur 20 thn sekiranya mengatakan hati anda yg sihat menyimpan toksin...sbb toksin dihati boleh menyebabkan liver cirrosiss( scarring of hepatocyte@ hati yang berparut2)....maknanya hati itu bersih laa..takda toksin.selamat dimakan.

tapi semestinyalah kita kene makan hati yg bersih..bukan hati ayam daging yang diternak secara konvensional di malaysia sekarang yg telah dinject dengan hormon estrogen yg berlebihan utk menjadi gemok dan cepat memebesar dalm masa yang singkat..hati mereka telah keras dan kotor..hormone overdose..hati yang paling bagus adalah dari ayam,lembu atau binatang ternakan yang liar dan pandai mencari makanannya sendiri di padang ragut yang menghijau...hati meraka sungguh suci utk diamakan..
bak kata P Ramlee..bagus apa makan hati hari2...tengok jiran sebelah rumah kita tu hari2 makan tulang...hehehe


kat sini takpayahla saya kaborkan kebaikan makan hati..banyak...terutama utk yg kene anemia disebabkan pendarahan..hati sumber iron untuk pembentukan hemoglobin darah..seminggu sekali dalam diet tak jadi masalah...terutama golongan wanita yg ada selalu bleeding (haid)...

the bad side?..high in cholestrol(bkn hati sahaja, semua organ dalaman) and may have vitamin A toxicity (but it is very rare ..only if korang ultra gelojoh giler makan banyak sangat)

p/s
-Pengalaman anak saya serta didiagnosed oleh doktor sebagai pesakit LEUKEMIA sudah cukup mengajar saya betapa mudharatnya memakan hati...ait?..makan hati dapt leukemia plop??..dapat atherosclerosis-angina-stroke logikla jugak sbb cholestrol......

rawatan untuk thalassemia adalah pemindahan darah...dan adalah berterusan untuk sepanjang hayat.. Pesakit thalassemia mmg tidak mmpu mnghasilkan Hg beliau yg sihat sendiri...tiada kaitan dengan makan hati..sbb hati nak bina Hg..tapi kalau Hg ynag dibina itu still cacat..pesakit tetap tak akan sembuh..

berkaitan makan buah delima..mungkin ada betulnya..buah delima adalah antioxidant seperti vitamin c...antioxidant dapat mengelakkan sel darah yang fragile daripda musnah dengan cepat..mungkin hayat sel darah dapat dipanjangkan..wallahua'lam

sebenarnya benarlah kata pemilik blog..kita kena menguasai dua ilmu..sains dan agama...dan ostad2 kata..budak medic mesir bertuah ada benda 2 ilmu ni..tempat lain takderr....hahahaha..kembang giler..

kibdah iskandarani adalah feveret kami..dan menu utama orang arab adalah hati goreng..yum yum..

mungkinkah artikel ini propaganda yahudi supaya
arab tidak memakan hati supaya mereka kekurangan darah dan tidak bermaya dan bertenaga memepertjuangkan islam...atau untuk mengelakkan umat islam menderma darah akibat kurangnya iron untuk membina darah ketika meraka sedap2 giler membelasah palestine ketika perang??

ntahler..Allahu a'lam

“Ingatlah, bahwa dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging. Bila ia baik, akan baiklah seluruh tubuh. Akan tetapi, bila ia rusak, akan rusak pula tubuh itu seluruhnya. Segumpal daging itu bernama hati!”

^^healthy lifestyle that are known too many. The only difference is, some practices it, some don't.^^

http://www.westonaprice.org/foodfeatures/liver.html

http://news.bbc.co.uk/2/hi/health/3402891.stm

..Ojie.. said...

assalamualaikum..

terima kasih untuk perkongsian ilmu yang menarik encik dr.mat

suka saya nak cakap kat sini bahawa penulis artikel kat cni bercakap dari segi dia sebagai bapa kepada seorang patient dan juga sebagai seorang bekas guru biology..bukan sebagai seorang doktor ..mungkin pengetahuan sains nye x sehebat incik mat..dan atas dasar itu la..medical Xplaination yang dier berikan tu x specific...dan dari situ dia hubungkait dgn pengetahuan yang dah dier sedia tahu..sehinggalah keluar kesimpulan sebagaimana dia buat tuh..

dan saya copy artikel nih,bkn untuk dijadikan panduan..tapi untuk kita sama2 pk..

dari pengetahuan saya sendirik..thalasemia ni bkn ke penyakit genetik..dan betollah kata cek mat bahawa makan hati bkn la cara yang tepat nak treat disorder nih..

time kasih skali lagi kpda incik dr.mat..

wallahualam

mat3om lilgad said...

owh lupa..kalaulah sains mengajarkan tiada obat utk kencing manis(diabetes), hati bengkak(hepatomegaly), dan lemah jantung(heart failure)..maka ultra-gembiralah saya..

yerlah,dlm case final exam nanti bilamana berjumpa diabetic patient @ hepatomegaly(sbb bilharzia @ hepatitis A B C ) @ heart failure patient....pabila discussion pasal treatment, mudahjer jawapan..no treatmnent yet Ya Dukturrrr..the jews teach us like that..ni semua pasal yahudi....maka saya pon fail exam..tak jadi doctor..kene bayo 100 usd/500 usd(haha..tu korang, kami tak payah)..hampeh...

seingat2 diriku yang on-off-on-off studi ni..rawatan konvensional(standard) skolah2 medic untuk penyakit chronic (berlarutan) macam kencing manis dan lemah jantung ini hanyalah setakat untuk melegakan...sukar utk kembali sembuh 100%..

yer lah, pancreas dah hancur takder insulin ataupun sel badan dah tak bertindakbalas dengan insulin..nak buat mcm maner..nak suruh tumbuh sel baru?susah..selain kuku, kulit,rambut, bagi organ dalaman hanya hati sahaja yang boleh regenerate..jantung, peparu, buah pinggang kalau 100% rosak, rosak terus....no chance....so kenalah jaga permakanan..

first line of treatment---UBAH GAYA HIDUP ,GET HELATHY LIFESTYLE (jaga makan, exercise, elak stress)...kalau nak makan bermanis2 jugak..kene la rajin makan obat...type 1 kene suntik inuslin...type 2 amik oral hypoglycemic drug..nama2 obat dier xpayah lah diceritakn..nnti nmpak mcm nerd pulak..(padahal sbb x studi..hhuhu)...arghhhh....

tu belum citer ubat sakit jantung lagi, diuretic..angiotensin-converting enzyme (ACE),digoxin, beta blocker..dah jantung itu lemah, lampi, lambat respone,otot2 vntricle dan atrium dah gelebeh, SA node kerja lembap, kene la makan obat nak push kan jantung tu supaya kuat....

mcm pokcik2 tua yang dah tutttttttttt kena ambil viagra dulu sebelum ehem2...baru umphh.......tua2 nak gagah mcm kami orang muda mana nak boleh...kami auto pilot mode...anytime (pagi,petang malam) tanpa pil...takyah jaga pantang larang..sbb badan kami boleh lagi meng-compensate segala mcm kekurangan...huhu..acara pokcik dah lepas, bawak2 la bertaubat...tapi bab nak makan obat sakit jantung punya susah, side effect la..itu la ini la...pokcik lupa la...cettt...ini semua agenda yahudi...woho!!

kalau nak rasa jantung tu sihat kuat muda remaja dah tak boleh..melainkan kuat exercise masa muda...kerana penyakit ni adalah kronik..bukan acute mcm demam, luka, batuk, selsema, yang mana tidak melibatkan perubahan struktur organ itu sendiri..so boleh sembuh 100% mcm biasa..

berkaitan makan delima, buah epal, elak minuman bergas, pantang larang,itu dan ini--bukankah ianya salah satu PERUBAHAN GAYA HIDUP.HEALTHY lIFESTYLE..yang dinyatakan tadi sebagai first line of treatment dalam kaedah perubatan kenvensional(diterima-pakai) skolah2 perubatan kontemporari ????(yg dipelopori oleh orang yahudi dan nasrani ketika ini..huh!!..)........

maaf kapada cik ogie kerana saya menempel di ruangan ini...saya takder blog..tapi rasa terpanggil nak mengomen panjang lebarrr...panas hati biler orang menyumpah ilmu sains....janganlah cik berkecil hati, atau bersakit hati kerana saya sungguh berbesar hati dangan cik ojie yg baik hati....semoga kita sentiasa berhati-hati..janganlah sesekali mudah terasa hati atau terjatuh hati bila diambil hati...hohohoho..

renung-renungkanlah=

"Setiap Penyakit Ada Penawarnya Kecuali Maut"

Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda:
"Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda' boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam". Aku bertanya. "Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, "Al-Sam itu ialah maut"
Riwayat Imam Bukhari.

habbatus sauda adalah jintan hitam..mungkin pengambilan habbatus sauda dalam hadith ini adalah bermaksud mengamalkan permakanan habbatus sauda dapat mengelakkan segala macam penyakit..lebih kepada konteks pencegahan..preventive is better tahn cure...habbatus sauda' mmg terbukti meningkatkan antibodi..seperti tertulis di kotak habbatus sauda BARAKA yg kilangnya di iskandariah=

Increase Immunity
Maintance Good Health

..Ojie.. said...

erk..incik mat nih dr muhafazah mane ya?

p/s: xsalah kalo nak menempel untuk suatu perkongsian yang berfaedah..

tapi..kalo yang ni saya x suke:

"mcm pokcik2 tua yang dah tutttttttttt kena ambil viagra dulu sebelum ehem2...baru umphh.......tua2 nak gagah mcm kami orang muda mana nak boleh...kami auto pilot mode...anytime (pagi,petang malam) tanpa pil...takyah jaga pantang larang..sbb badan kami boleh lagi meng-compensate segala mcm kekurangan...huhu..acara pokcik dah lepas, bawak2 la bertaubat...tapi bab nak makan obat sakit jantung punya susah, side effect la..itu la ini la...pokcik lupa la...cettt...ini semua agenda yahudi...woho!!"

X PAYAH LA KOTT..hoho


apekate encik mat nie wujudkan sebuah blog ..jadi disamping bagik komen,boleh jugak bagik perkongsian ilmu yang lagi meluas lagi..insyaalah..semoga banyak manfaatnya yang boleh kita kongsi bersama..

sekadar cadangan..

mat3om lilgad said...
This post has been removed by the author.
mat3om lilgad said...

cadangan ditolak...
sowiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...
bukan minat saya untuk menulis..
apalah ada pada saya untuk dikongsi..
bukanlah orang pena yang bijak bikin prosa..
hanyalah panglipurlara yang suka tulis carca merba...
bilamana hati panas
semangatlah komen sini sana....
daripada berkata buruk lebih baik saya diam dari berbicara..
takut nanti ada orang hati tak suka...
cewahhh..........tak boleh blah...

short word=
sy ni perasan sibuk..bak kata budak2 alex=

baca blog orang sudeyyyy~~ hohoho

p /s: perkataan yang baik itu lebih bagus dikedepankan daripada diam ..selamat menulis..teruskan berkongsi....

sharing is caring.....

one day an arab guy ask his jew friend..

Arab -"Excuse me sir, are you busy"
Jew -"let me think..do i look
busy to you?"

Arab -"erk??.seems not..did you
know how to answer this
question?
JEW - "hmmm..did you?"

Arab -"of course not sir"
JEW -why dont you try.I suppose the aswer is easy right?

Arab -“Sorry..What do you mean easy?”
JEW - "What am I supposed to mean?

Arab -"Hmmm..Why do
JEWS ALWAYS ANSWER A
QUESTION WITH A QUESTION?
JEW -"Why not?"

Arab -"arghhhhhh!!!"

erk..incik mat nih dr muhafazah mane ya?
-erk..erk..erk..dari muhafazah mane ya cik ojie nih? :P

Unfortunately answering a question with a question is a great way to get you thinking.

ni semua salah yahudi!!! whoaaaaa..

mat3om lilgad said...
This post has been removed by the author.
..Ojie.. said...

haha..a question will be answer by a question...

hmm,menarik..sampai kesudah x dapat jawpan..=p..

p/s: erk..mmg budak medic slalu prasan sibuk..including diri saya sdirik..huhu..bizikah saya?..=p

anyway ..feel free to visit my page~

lelucon said...

bagus juga komen sedara Mat :)

saya bukan doktor, cuma seorang saintis. Saya sarankan, bila wujud 'percanggahan' macam ni, tak perlu perlekeh mana-mana, terutamanya yang disaran dalam agama. Kalau tak berkenan, takyah buat. Sebab kalau nak perlekeh pun, blm tentu kamu tu betul, wlaupun secerdik Einstein.

Fakta sains boleh berubah-ubah. Hari ini mungkin betul, esok boleh jadi terbukti salah. Adat manusia. Jadi tak perlulah bangga sangat dgn ilmu sains. Ilmu dunia utk bantu mantapkan iman kita, bukan utk perlekeh agama.

Jadikan ilmu sains (atau apa saja ilmu dunia) untuk bimbing kita memantapkan lagi ilmu akhirat. Ilmu yg baik ialah ilmu yang membantu kita mengingat/mentaati Allah, mengasihi Nabi, menegakkan agama. Bukan sebaliknya.

..Ojie.. said...

yer ..

betol tu incik lelucon

"dan sesungguhnya,ilmu tanpa amal tiadagunanya.."

jazakillah..

I LOVE YOU said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,a片,AV女優,聊天室,情色,性愛