Thursday, August 20, 2009

marhaban yaa ramadhan

..assalamualaikum...

alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang mencipta sekelian alam dan segala isinya..syukur alhamdulillah sehingga hari ini, diri ini masih diberi nafas,masih diberi pinjam oksigen dari Sang Pemilik..untuk meneruskan sisa2 hidup seorang hamba..

sedar x sedar..Ramadhan bakal menjelang..insyaAllah,luse jika masih diberi kesempatan. Ramadhan, yakni bulan yang dijanjikanAllah Taala dan RasulNya dengan pelbagai janji kemenangan sememangnya dinantikan hamba-hamba yang tidak jemu merendahkan diri, mengabdikan jiwa dan raga hanya kepada Allah Taala semata-mata serta mengharapkeampunan dan rahmat tidak putus-putus, demi kesejahteraan di dunia dan akhirat kelak

..tanya pada diri, sudahkah diri ini bersedia unntuk menyambut ramadhan kali ini? ..saban tahun ramadhan menjelma, bagaimana dgn khabar iman? masihkah di takuk lame? menaik atau makin menurun??atau..mendatar a.k.a plateu...??...???..??

sahabat2 sekalian, sempena ramadhan yang bakal menjelang..apekate kita sama2 bulatkan tekad,perbaharui niat..moga kita bukan di takuk yang lame.."let us b da new one"!..insyaAllah, dgn izinNya...jangan kite biyarkan ramadhan kali ini berlalu tanpa erti, malah jadikan ia lebih bererti supaya dapat kita amati pengertian ramadhan untuk kali ini..

bulan puasa,memang bulan untuk berpuasa..tetapi ketahuilah sahabat..puasa bkn sahaja pada menahan lapar dan dahaga, tapi juga puasa dari melakukan segala kemaksiatan,puasa dari segala kejahatan dan segala satu kemurkaan Allah..jika dahulu kita berpuasa dgn hanya menahan lapar dan dahaga,apekata kata kali ini kite "up" sikit dgn amalan2 sunat...ataupun "double up" sikit lagi dengan perbanyakkan bersujud...insyaAllah, pahala yang Allah janjikan..syurga kelak menanti..jika niat kita ikhlas segala satu amalan hanya untuk DIA..

bukan saya yang layak untuk bercakap, apetah lagi hal2 sebegini..saya juga seorang hamba yang masih belajar membaiki kelemahan diri,diberikan a'kal untuk berfikir, diberi kesedaran untuk tidak terus hanyut dalam arus duniawi..syukur alhamdulillah.. sejenak terfikir..masihkah diberi pinjam oksigen untuk ramadhan akan datang? masihkah ada ramadhan lagi untuk diri ini? ..sama2 lah kita manfaatkan segala pinjaman Sang Pemilik ini untuk masa yang masih bersisa , moga kita tergolong dari kalangan yang diredhai Allah ..



Syd. Ali Karramallahu Wajhah berkata :


·
Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
· Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada
perbuatan yang sia-sia.
· Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil
pangajaran daripadanya.
· Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat
warak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).

· Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
· Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
· Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
· Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.


~Marhaban yaa Ramadhan~


6 comments:

Anonymous said...

ni perutusan sempena ramadhan ey..

..Oltromen solehah... said...

ha a..

salam ramadhan

"pose" jgn x pose!.heee

Nurul Ain said...

salam ramadhan ojie..

(^.^)

..Oltromen solehah... said...

salam ramadhan ain (^_^)

pose biyar cukup ye tahun ni..hee

Anonymous said...

kalu xcukup nk bt gaune ojie B...

(^-^)

..Oltromen solehah... said...

erk..puding pon pose x ckup ker..