Tuesday, September 15, 2009

jutawan express

assalamualaikum wbt..

sudah lama tidak melakar pena, mengatur bicara di ruangan kongsi saya ..ntahlah.. bila tangan ingin menulis dimana diri sedang ketandusan idea, dipikir pule berkali2..ada baiknya saya tulis sesuatu yang boleh mendatangkan faedah untuk semua org..tidaklah ape yang saya tulis itu sia2..lalu ape yang saya karang,saya simpan dulu di dalam "freezer"..huhu..buntu!

ramadhan makin meninggalkan kita..tinggal beberapa hari je yang masih bersisa. bagaimana dgn jejak lailatulqadar pada tahun nih? istiqamahkah semua? harap2nya..baik2 la semua ya..semoga kita antara pilihan Allah untuk bertemu malam yang kaya dgn rahmat Allah itu..huh,andai malam itu kita miliki..bknkah "jutawan express" namanya?..mana x nya..ganjaran untuk amalan yang kita kerjakan pada malam itu dilipatgandakan sebagaimana beribadat 1000bulan (83tahun)..subhanallah.. hebat sekali ya dan beruntunglah pada mereka yang ketemui malam seribu rahmat itu.

ketahuilah di sebalik lailatulqadar itu ada disimbolikkan dengan suatu ketidakpastian yang disengajakan...apekah yang kita maksudkan dgn "ketidakpastian yang disengajakan?"mari kita sama2 renung petikan ini..

KETIDAKPASTIAN YANG DISENGAJAKAN
Dipetikan dari:blog Ustaz hasrizal http://saifulislam.com/?p=2971


Lailatul Qadar adalah malam yang pasti datang. Jika menantinya itu hanya dengan sekadar berjaga malam, maka orang-orang yang bersekang mata tanpa berbuat apa-apa itulah yang beruntung dilintas kehadiran malam itu. Sesungguhnya ia bukan malam penantian, tetapi malam pemburuan dan pencarian.

Entahlah di malam 21, atau malam 23, atau malam-malam ganjil yang lain… Lailatul Qadar dianugerahkan. 9 Ramadhan yang ditempuh Rasulullah SAW di sepanjang hayat Baginda selepas pensyariatan ibadah puasa, menyebabkan riwayat-riwayat tentang Lailatul Qadar hanya tersimpul sebagai suatu anugerah yang diberi pada 10 malam terakhir Ramadhan itu.

MAKAN GAJI VS KERJA SENDIRI

Lebih mudah untuk kita analogikan seorang yang makan gaji dengan seorang yang berniaga sendiri. Orang yang makan gaji, pendapatannya tetap setiap hujung bulan. Sama ada dirinya produktif atau tidak, hasilnya sama. Malah pada bulan Ramadhan ini, dengan membanyakkan tidur di pejabat dan pulang awal setiap hari, hasil pendapatan tetap sama. Sesuatu yang tetap dan pasti, rupa-rupanya boleh menjejaskan kesungguhan dan produktiviti, seiring dengan kurangnya rasa bersyukur atas kurniaan.

Berbeza pula dengan yang berniaga sendiri. Penghasilannya amat bergantung kepada kesungguhan, kerajinan dan produktiviti masing-masing. Kuat bekerja banyak hasilnya. Sedikit berusaha, terjejaslah pendapatannya. Ketidakpastian adalah rahsia kesungguhan dan kerja keras yang diperlukan.

Ketidakpastian + usaha keras = kemajuan, itu sifirnya.

Demikianlah hikmah sebuah ketidakpastian.

LIPATGANDA

30 hari yang terlalu panjang itu mungkin berat untuk sebuah pencarian. Justeru Islam memberitahu bahawa tingkatkan usaha mengejar Lailatul Qadar yang tidak pasti itu pada malam-malam 10 yang terakhir. Lantaran ia hadir pada malam-malam yang tidak ditentukan, manusia yang ada azam untuk berjaya akan melipatgandakan usaha untuk berhasil menemuinya. Malam Lailatul Qadar.

Kesungguhan itulah pelengkap proses Taqwa.

Kesungguhan yang diperlukan untuk sebuah kehidupan yang pasti ada jangka masa, tetapi persoalan bila itu dibiarkan sebagai sebuah ketidakpastian. Mati itu tentu, masanya tidak pasti. Antara ketentuan dan ketidakpastian ajal, seorang mukmin memajukan sebuah kehidupan.

Memikirkan peluang beramal berakhir pada jangka waktu yang tidak pasti, Nabi SAW memberi ingatan kepada kita agar mengerjakan solat dengan “SOLAT PERPISAHAN”. Bayangkan setiap solat yang didirikan sebagai solat terakhir kita, kerana mati itu tidak pasti. Kerana kita mati sentiasa di antara dua solat…

Ketidakpastian yang mendesak kesungguhan juga perubahan.

“Jibril datang kepadaku dan berkata, ‘Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat ampunan, maka jika mati ia masuk Neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Amin!. Aku pun mengatakan: Amin! ” (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya)



okeh..renung2kan..dan selamat beramal..semoga kita diantara makhluk pilihan Allah untuk bertamu di ruang syurga yang Allah janjikan...wasalam.


No comments: