Tuesday, October 6, 2009

beringat!

assalamualaikum

salam peringatan dari Malaysia..haih.masih di Malaysia lagi...masih dalam mood beraya lagi...masih dapat duit raya lagiiii.herm,muda lagi mungkin ..ekeke. tapi..tapiii..tapiiiiiiiiiii, dek kerana saya terlajak bercuti,mungkin ade habuan yang menanti kat Alex nu...ahha. kalo ikut jadual, clinical round akan tetinggal dalam 4kali,lecture pulak dalam 5 lecture mungkin..nasib baik bukan antara insan yang terpilih untuk submit assgmnt 1st week..adei..sniri cari penyakit,sniri la tanggung!kan kan...hee.no regrets~

.............ok, unuff 4 "sesi membebel".titik..................

selepas peristiwa tsunami ari tu, dunia sekali lagi dikejutkan dengan gempa bumi kat Padang,sumatera barat.subhanallah..korban menjangkau ribuan org juga ya.. sehinggakan ramai yang masih belum ditemui,terkubur hidup2 di bawah runtuhan bangunan... lagi sayu, apabila mereka yang sendiri menjejak mayat2 saudara mereka yang belom ditemui..mungkin ribuan org lagi yang masih tertimbus di bawah runtuhan itu,kita x tau..hanya yang Maha mengetahui layak menyatakan nilai persis jumlah korban..tapi, ape yang penting kat sini.. daripada kejadian tsunami, hinggalaa gempa bumi hari ini...pernahkah kita mengambil pengajaran?? atau belom cukup untuk membuat kita sedar bahawa itu peringatan dari Allah..renung2kan~

padang jarak padang tekukur-gempabumi di padang

sahabat2 ..jika duhulu, kita hanya dengar kisah tentang kaum Tsamud dan kaum Ad yang dibinasakan oleh Allah dek kerana lupa untuk bersyukur atas nikmat yang Allah kurniakan,lupe akan siapa yang menurunkan rahmat,sepertimana yang tercatat dalam Al Quran...tapi hari ini, suatu yang nyata dan terang lagi yang kita boleh lihat dengan mata kepala kita sendiri..semua itu benar dan ianya sebahagian dari peringatan dari Allah..sepertimana bila tiba musim raya, bermacam2 iklan,papan tanda kat tepi2 jalan yang memberi peringatan supaya berhati2 ketika memandu, supaya selamat sampai ke destinasi kerana org tersayang sedang menanti anda..seperti itu jugalah Allah menurunkan peringatan supaya kita selamat memandu di jalan dunia ini dan selamat tiba di destinasi akhirat kelak..


(وَقَوْمَ نُوْح مِنْ قَبْلُ إِنَّهُمْ كَانُوْا هُمْ أَظْلَمَ وَ أَطْغَى (النجم:50- 52

Dan bahwasanya Dia telah membinasakan kaum ‘Ad yang pertama dan kaum Tsamud - maka tidak seorangpun yang ditinggalkan-Nya (hidup)- dan kaum Nuh sebelum itu karena sesungguhnya mereka adalah orang-orangyang paling zalim dan paling durhaka (melampaui batas). (al-Najm 53: 50-52)

fowarded msg dari seorang sahabat:

G/bumi di Padang terjadi pd pukul !7:16 &17:58.jambi pd 08:52 hari berikutnya.cuba perhatikan terjemahan Quran ayat surah 17:16,17:58 & 8:52.Allahuakbar (info from website)


17:16. Dan apabila sampai tempoh Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah negeri, Kami perintahkan (lebih dahulu) orang-orang Yang melampau Dengan kemewahan di antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu Kami menghancurkannya sehancur-hancurnya.


17:58. Dan tiada sesebuah negeri pun melainkan Kami akan membinasakannya sebelum hari kiamat, atau Kami menyeksa penduduknya Dengan azab seksa Yang berat; Yang demikian itu adalah tertulis di Dalam Kitab (Lauh Mahfuz).


08:52. (Keadaan orang-orang kafir itu) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang Yang terdahulu dari mereka. mereka kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, lalu Allah menyeksa mereka Dengan sebab dosa-dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha berat seksaNya.


p/s:renung2kan...ingatan bersama khususnya untuk diri penulis..


2 comments:

Nurul Atikah said...

no regrets??? sayang woooooo tinggal ilmu itu semua..

semoga masih mampu mengutip mutiara2 ilmu yang berbaki.. doakan daku sihat.. kalo x kamo2 angkat barang saya yg byk tp xlarat nk angkat toooo.. hihi..

..Oltromen solehah... said...

ha a..no regrets!..heee,pandai buat,pandai2 la tanggung..kan kan!

ameeen..semuga awk sihat la yer..Hee