“Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku,” ujar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Suasana hening di pinggiran perkuburan al-Baqi’. Merenung tempat semadi para mukminin yang telah pergi, dan pasti Baginda juga akan menyertai mereka, seperti kita semua.
“Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?” para sahabat melontarkan soalan.
Persoalan.
Jika Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam merindukan saudara-saudaranya, apakah ada saudara yang lain selain mereka, para sahabat?
“Kalian adalah sahabatku. Ada pun saudara-saudaraku yang kumaksudkan, mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada!” jawab Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
subhanallah..jika kita lihat..betapa kasihnya Baginda pada umat akhir zaman ini..dan kita??bagaimana pula kasih kita pada Baginda?..renung2kan..~
p/s:
1) baru balik exam..
2)EXAM : no kumeeen...tapi, padanlah dgn muka kalo x bole jawab soalan untuk nota yang x penah baca..huhuuu [tawakkal]..keep looking 4ward ^_^~
3)TIDO : da jadi macam x betol..maknanya, tido kurang berkualiti..tapi berkuantiti..erk..haiiz,ojie!
4) TENSION: jerawat bagai cendawan tumbuh selepas hujan.. titik
No comments:
Post a Comment