Friday, November 26, 2010

an ending has a start..

”wahai Tuhanku.aku bukan para sahabat yang hidup di zaman baginda Muhammad. Aku bukan pahlawan Badar dan Uhud aku bukan soldadu yang berjuang di medan Khandaq.Namun aku mohon supaya sedikit keberanian mereka dicebisi untuk diresapkan dalam nubariku. Tuhan,aku benar2 mahu berjuang untuk...untuk membangunkan diriku yang daif ini”
  

sekali lagi saya petik kata2 dari sebuah novel yg pernah saya baca

rasa  terkesan dgn kata2 ini..

berjuang yang dimaksudkan disitu bukan sesuatu yang kecil..yang boleh kita ambik remeh..

tapi sesuatu yang perlu kita hadam dan faham

bahawa wujudnya kita dimuka bumi Allah ini, atas dasar apa?

adakah kita diciptakan semata2 sebagai makhluk yang sekadar makhluk yang fungsinya terhad 

yang larut dengan keindahan dunia yang sedia kita tahu..ianya hanya sementara saja

atau 
 
sekadar ingin mengecapi kejayaan di muka bumi ini..tidak di negeri Abadi
cukup sahaja kita tengok robot sebgai analogi

org yang menciptakan robot sudah tentu dgn tujuan yang tertentu bukan?

dan semestinya bertujuan kearah yang lebih memudahkan kerja org yang menciptakannya

samalah juga seperti kita yang tercipta untuk memudahkan urusan Pencipta
 
saya akui 

saya insan yang daif
 
kaya dengan kekurangan
tp disebalik kedaifan itu..ingin saya semai benih2 semangat

yang saya sendiri tidak tahu sama ada ia akan menyubur..atau layu dikemudian hari

tapi saya yakin

ada yang akan  menolong kelak..jika kita niatkan kearah itu..

mungkin ....tanpa kita sedar pertolongan itu datang..

untuk menjadi yang terbaik belom ku mampu

namun kucuba sedaya

Allah 

bantulah hamba yang daif ini..

lintasan hati ..friday...5.30am


p/s: it's a start point..


No comments: