assalamualaikum w.b.t
pelik sekali tajuk entry kali ini.. x pernah2 saya terfikir yang suatu hari saya akan ada entry yang tajuknya macam tu dan bercakap tentang sesuatu yang pernah menjadi asing dalam diri saya...mungkin sudah sampai ketikanya saya juga menjadi asing..entah...yang pasti,semua itu tak kan berlaku melainkan dengan kehendak Allah swt.
« بدأ الإسلام غريبا وسيعود غريبا كما بدأ فطوبى للغرباء »
“Islam bermula asing dan akan kembali asing seperti semula, maka berbahagialah orang-orang asing itu”.(HR>Muslim dari Abu Hurairah)
pelikkah menjadi asing? usah ditanya..walhalnya..asing itu sendiri sudah cukup mengatakan ianya pelik ..
Ramai yang menyatakan kesukaran membawa Islam yang sebenar di dalam kehidupan hari ini. Dipandang serong bahkan dijauhi. Ini kerana, apabila kita mengambil Islam secara menyeluruh tanpa separuh-separuh, kita hakikatnya melawan arus.
Ibarat kita sedang mendaki gunung, sedang ramai pula yang bergerak turun.
Kelihatan pelik, asing.
Bila tak ada girlfriend/boyfriend, dikatakan kuno. Bila nak jadi baik, jaga peribadi, dikatakan nak jadi ustaz/ustazah. Bila mengajak yang lain ke arah kebaikan, dikatakan sibuk menjaga tepi kain orang.
Kadangkala tidak dengan kata-kata. Pandangan mata yang menunjukkan rasa kurang senang sahaja sudah seakan cabaran yang besar untuk dilepasi. Belum dikira dengan dugaan godaan dalam diri yang mengajak kita ‘bergabung’ dengan suasana.
Inilah dia situasinya.
Situasi ghuraba’.
Namun ini situasi mereka yang bahagia.
persoalannya..MAMPUKAH AKU?..atau belom cukup MAHU?
insyaAllah.. berusaha menuju mampu
untuk menjadi yang terbaik belum ku mampu...namun ku cuba sedaya..

No comments:
Post a Comment