Saturday, April 2, 2011

pRopoSal 4 MarRiaGe..^_^..


proposal for marriage

Al-kisah seorang lelaki menyatakan hasrat untuk berkahwin... disampaikan hasratnya itu kepada si perempuan... Lalu berkatalah si perempuan kepada si lelaki.."Hantarkan satu Marriage Proposal kepada saya untuk dipertimbangkan". Maka, terhasillah satu proposal dalam sejarah perkahwinan....

-----------------------------------------------

~~Ini adalah contoh PROPOSAL seorang LELAKI kepada seorang WANITA yang ingin dikahwininya~~

-----------------------------------------------

INTRODUCTION

Di dalam al-Quran dijelaskan bahawa tujuan pernikahan adalah untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan, sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

"Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan/kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah." (Surah al-Rum, ayat 21)

Alam ini terasa indah kerana Allah menciptakannya berpasang-pasangan. Ada siang, ada pula malam. Ada tempat yang subur, ada pula yang tandus. Ada gunung-ganang yang tinggi tapi ada juga lembah dan lurah yang dalam. Ada lelaki dan ada pula perempuan.

PROBLEM STATEMENT

Mencari CINTA spritual kerana perasaan ini sukar menjelma jika tidak diketahui.

* Carilah cinta spiritual iaitu cinta dan berkahwin kerana menurut sunah Nabi Muhammad s.a.w yang antaranya untuk menambah umat dan kerana mengikut perintah ALLAH. (sumber: iluvislam)

QUESTIONS

1. Adakah "si dia" mempunyai ciri-ciri isteri yang solehah?

2. Bagaimanakah untuk menjadi suami yang soleh?

HYPOTHESIS

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

OBJECTIVE

 Mencari keredhaan ALLAH, bukan sekadar ikut-ikut atau bertujuan untuk berseronok-seronok.

SIGNIFICANT OF MARRIED

Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang hamba menikah, maka telah sempurnalah setengah agamanya. Maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah pada setengah yang lain.”

METHODS

1. Ibu Bapa

2. Saudara-mara

3. Rakan-rakan

4. Orang tengah


POPULATION

Keluarga bakal isteri

SAMPLE & SAMPLING TECHNIQUES

1. Mengikut kepada bilangan ahli keluarga bakal isteri

2. Teknik survey & interview akan digunakan

DATA COLLECTION

Dari Mughirah bin Syu’bah berkata “Aku pernah melamar seorang wanita. Lalu Nabi SAW bersabda, ‘Lihatlah ia, kerana yang demikian itu akan menimbulkan kasih sayang antara kalian berdua.” (HR Nasa’I, Ibn Majah dan Tirmidzi).

1.Jumhur Ulama’ berpandangan: boleh melihat wajah dan kedua telapak tangan, kerana melihat wajah dan kedua telapak tangan akan dapat diketahui kecantikan wanita itu.

2.Ibnu Daud mengatakan: boleh melihat seluruh anggota.

3.Imam Abu Hanifah membolehkan melihat dua telapak kaki, wajah dan dua telapak tangan.

DATA ANALYSIS

1. Musyawarah antara ahli keluarga

2. Solat Istikhrah iaitu  dalam sebuah hadis daripada Jabir bin Abdullah berkata, Rasulullah s.a.w. pernah mengajar kami cara untuk meminta petunjuk Allah Taala dalam beberapa urusan yang penting.


p/s..erk proposal ni x siap..selamat dicetak dari blog seorang sahabat..ehehe.
-jadi kerja kan..padahalnya esok exam OSCE oNg
-AWAS..post ini tiada kena mengena dengan tuan punya belog..blink..blink~

6 comments:

Saya Nurul said...

menarik..mohon share ya...^^

..Oltromen solehah... said...

ok..sile2..tafadhali..;)

Anonymous said...

ehem jie... ade maksud ekk ni... :)
pah!

..Oltromen solehah... said...

ayoo..tade pah..sekadar bekongsi..;)

heee..

Anonymous said...

mano ado method mak ayah bla,bla,bla?

Tak leh lagu ni..
Kalau buat proposal penyelidikan, saloh, keno rejek :)


Tapi kalau setakat nak ek ko bakal tok tuo (nak tunjuk bakal menantu lulusan IPT) takpo la ...

..Oltromen solehah... said...

haha..secara logiknya pon, x dok ore buat proposal laguni kalu nk mitok anok ore..hehe..:D

ambik isi dia saja cukup la..=)