Wednesday, July 20, 2011

ingat ALLAH..

oh bila nak exam mula lah nak pikir macam...hatta bukan soalan exam skalipon nak pikir..ALLAH

kurniakan hamba keberkatan masa juga hati yang tenang ya Allah...

subhannallah...hebatnya peringatan ALLAH..



 "Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi, dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan tadi, buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu, dan dia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk berlayar di laut dengan perintah-Nya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu mengambil manfaat darinya. Dan dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan kemudahan kamu, dan dia yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu. Dan dia telah memberi kepada kamu sebahagian daripada tiap-tiap apa jua yang kamu hajati. Dan jika kamu mahu menghitung nikmat Allah, nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia yang ingkar sangat suka menempatkan sesuatu bukan pada tempatnya, lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya." 

(Surah Ibrahim: Ayat 32-34) 



Hasan al-Basri ketika ditanya tentang rahsia zuhudnya, dia menjawab:

"Aku tahu rezekiku tidak akan diambil orang lain, kerana itulah kalbuku selalu tenang. Aku tahu amal perbuatanku tidak akan dapat ditunaikan orang lain, kerana itulah aku sibuk mengerjakannya. Aku tahu Allah mengawasiku, kerana itulah aku selalu merasa malu Dia melihatku dalam keadaan maksiat. Aku tahu kematian itu sudah menungguku, kerana itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan Allah."


ya Allah..aku mohon sekeping hati yang tenang..jiwa yang takut mengingatiMU ya Rabb..ameen.

No comments: