assalamualaikum wbt..
seminggu ramadhan berlalu..wah, cepat kan kawan2..bagaimana dgn amalan kita?? makin sehat..atau makin sakit? aduh!...harapnya makin sihat la kan...jauh lagi perjalanan kita..masih berbaki 3 minggu..kalo awal2 lagi dah sakit..apelah nasib hari2 yang menghujung tu..takkan ada lagi seri seperti hari pertama...insyaAllah, sama2 kita doakan untuk istiqamah yang berpanjangan untuk semua org insyaAllah..untuk mendapat segugus istiqamah bukan sesuatu yang senang..ianya perlu pada mujahadah yang tinggi, dicampur sedikit ketegasan dengan diri..dan diadun dengan sedikit keikhlasan dalam hati..insyaAllah..akan terhasil adunan yang sebati, yang mana selepas ni..mungkin akan langsung terbit dalam diri setiap individu seusai sahaja graduate dari madrasah ramadhan ini..insyaAllah..bukan kah itu matlamat kita?kita nak jadi baik bukan bulan pose je kan..kita nak jadi baik pada semua bulan kan..=)..
antara amalan2 yang boleh kita sama2 praktis sepanjang melalui madrasah ramadhan ini adalah hanya amalan2 yang lazim..cumenya kalau kita lebihkan dari hari2 yang biasa adalah lebih baik..antaranya melazimi tilawah, amalan2 sunat seperti banyakkan solat sunat,solat terawih,bersedekah,mathurat,ape2 sahaja kebaikkan yang kita rasakan ianya manfaat untuk kita dan orang sekeliling..dan sesekali, tak salah kalau nak berdua-duaan, berkongsi cerita,mengadu kasih dengan Sang Kekasih..sebab ape?sebab Allah suka pada hambanya yang "romentik"..haa, jangan ingat dgn pakwe,suami je boleh manja2..kita ada yang lagi special tempat untuk bermanja..sweet kan..=)
berada dalam fatrah exam,sejujurnya agak sedikit mencabar untuk mengekalkan istiqamah dalam ibadah...tapi dalam kita sibuk study..jangan pula kita lupakan Allah..niatkan ape yang kita baca itu kerana Allah..insyaAllah,ianya juga dikira ibadat..dan juga jangan pula kita ketepikan Allah..sesungguhnya dialah pemberi rezeki..mane nak datang result yang bagus kalau bukan dari DIA...dalam kita sibuk study,kita sibuk juga beribadat..wah,itu baru namanya muslim/muslimah cemerlang...ayuh sama2 kita pratikkan..hee ^_^
insyaAllah..sama2 kita berusaha untuk mendapatkan ramadhan yang terbaik..tunjukkan kesungguhan kita,yang kita inginkan yang terbaik..dan sesungguhnya Allah tahu apa yang tertulis dalam diari seorang hamba,lebih dari ape yang kita tahu..sama2 kita doakan semoga amalan kita diterima Allah..semoga hangatnya bukan hanya diawal cerita..tapi biarlah hingga hujung episod..=)
wasalam
2 comments:
bila nak keluar diari ramadhan 3?
hehe..updater rosak ni..kna bekki dulu..=p
Post a Comment