assalamualaikum wbt..
lama x bercatat apa2 di ruang kongsi..saje menyepi..mencari kekuatan dicelah-celah kekalutan dunia yang belum diketahui bila akhirnya..=)..
apa khabar sahabat?..apa khabar imanku dan imanmu? masihkah hangat membara seperti bulan Ramadhan yang lalu..atau sudah lesu tidak bermaya setelah berlalunya bulan tarbiyyah itu..harapnya,sama2 kita sentiasa cek baki "kredit" kita..supaya kita sentiasa x lupa untuk "topup" amalan kita..kerana bimbang istiqamah yang kita citakan terkubur begitu saje..sayangnyelahai..kan?insyaAllah..sama2 kita perBAIKan ape yang BURUK..perELOKan ape yang ROSAK..perKEMASkan ape yang LONGGAR..moga redha Allah yang kita miliki..amen.
bermastautin di kaherah hampir sebulan,banyak memberi peluang untuk aku menghisab diri...dalam x sedar,banyak yang Allah sampaikan pada diri ini supaya diri ini lebih faham ape yang ada dengan tarbiyyah..keadaan kota kaherah sendiri yang agak sesak itu sudah cukup memberi seribu ma3ani tarbawi bagi yang ingin berfikir..subhanallah...lain sangat suasana cairo berbanding alex..cairo boleh digambarkan dengan kehidupan kota, bandar yang agak crowded,dgn org yang agak kasar,dari mimik muka..nampak wajah2 stress..mungkin tertekan dengan kehidupan kota yang zahmah..cara "rijal" pandang "banat" pon lain..huhu..menakutkan. jarak antara satu tempat ke satu tempat yang lain agak jauh..jadi, untuk sampai dari satu tempat ke satu tempat yang lain,kami perlu bertukar kenderaan...teksi 10-20genih adalah biasa bagi mereka..mungkin suasana sebegini menjadikan ukti2 cairo lagi tough, qudwah mereka mantap,kagum sekali....
SUBHANALLAH
terlalu banyak nikmat Allah yang perlu disyukuri...subhanallah. suatu petang berjalan melewati sayyeda zainab terpandang sekumpulan banat yang bisu,x boleh bercakap sedang bergurau sesama mereka dalam bahasa isyrat yang gagal aku faham..mungkin pada mata manusia mereka kurang sempurna..tetapi ketahuilah kita yang sempurna ini..dimana kita letak nikmat2 yang Allah kurniakan..dikurniakan mulut..adakah kita guna untuk bercakap perkara kebaikan SAHAJA? dikurniakan mata, adakah kita guna untuk melihat yang baik2 SAHAJA? dikurniakan telinga adakah kita guna untuk mendengar yang baik2 SAHAJA? dikurniakan tangan dan kaki..bagaimana kita gunakan ia?kemana kita melangkah?..semua ini akan dihisab satu persatu diakhirat kelak..takut kan. tapi bagi yang istimewa seperti mereka, 2 anggota yakni mulut dan telinga sudah terselamat..mereka x akan mampu bercakap dan mendengar..apetah lagi menggunakan kedua2 anggota itu untuk mengingkari suruhan Allah..maka,tidakkah di situ mereka lebih sempurna..tidaklah Allah jadikan sesuatu melainkan untuk kita berfikir...
dan kita tidak akan mampu berfikir..jika kita gagal menghadirkan hati,gagal merasai bahawa Allah itu bersama kita..gagal mentafsir bahawa di sebalik ciptaannya yang indah itu adanya sang Khaliq..seterusnya merasai kebesaranNya.teringat kecik2 dulu..bila ada kem motivasi,akan ada satu malam muhasabah diri yang mana kami akan diingatkan dengan jasa2 ibubapa membesarkan kita,supaya kita lebih besungguh2 dalam pelajaran..dan ade dikalangan kta yang menangis..namun aku tidak..untuk menangis adalah sesuatu yang amat payah bagi aku..mungkin sebak itu ada,tapi macamanapun x akan menangis.sehinggalah pada suatu hari saya terbaca satu ayat yang amat mengesani diri ini.." seandainya kita tidak mampu menangis kerana Allah, maka menangislah kerana ketidakmampuan itu"..hati ini takut sangat waktu itu?takut kalau2 diri ini sudah tidak layak menitiskan air mata kerana Allah..takut kalau2 hati ini sudah terlalu keras.. dan betul, aku menangis kerana ketidakmampuan itu..dan menangis lagi kerana aku masih lagi mampu menangis..dan menangis lagi kerana Allah masih memandangku..dan hari ini, aku takut sangat kalau2 Allah tarik nikmat air mata yag pernah aku dapat...kalau kecik2 dulu mungkin sesi muhasabah itu yang akan buatkan kami menangis,tapi bila dah besar ada benda yang lagi besar yang lagi layak untuk kita tangisi.pernahkah kita menangis dengan nikmat yang melimpah Allah kurniakan..pernahkah kita menangis mengenangkan kebesaranNya yang x ade tolak tanding?..saya berkesempatan ke pantai bersama kawan2 yang lain dalam sesi muhasabah beberapa hari lepas..berbaring dipantai..merasai kehalusan pasir pantai,mendengar deruan ombak yang lembut membelai tepian pantai melihat kelangit adanya bintang2 yang berkelipan..dan dalam waktu yang sama,tiba2 hujan turun..subhanallah..betapa Allah ingin kita gunakan segala deria untuk merasai kebesaranNya..rugilah kita jika kita memandang matahari dengan sekadar matahari..dan bulan hanya sekadar bulan..
ya muqallibalqulub..thabit qulubuna ala deenik..amenn
maka beruntunglah bagi mereka yang berfikir....
FINAL YEAR=TAKUT.
alhamdulillah ala kulli hal...result dah keluar.dan saya layak ke tahun akhir..satu lagi nikmat Allah yang patut saya syukuri..rasa macam betimbun je salah,tapi macamane ntah boleh dapat result macam tu..tidak lain tidak itu semua pertolongan dari Allah,apalah sangat yang nak dibanggakan dengan usaha saya yang hanya seciput..terima kasih Allah..melangkah ke tahun akhir, merasakan diri ini semakin menghampiri suatu alam yang lebih berat..takut sangat.!!perlu mula merasai bahawa tanggungjawab akan jadi lebih berat..Once i finish dis final year,i'm a doctor olredi..masyarakat akan pandang kita lebih tinggi,mengharapkan yang terbaik dari kita..takutnya dengan harapan itu..huh!! xnak pkir! agagaga...semoga di tahun akhir ini,saya lebih bersungguh2..saya x boleh malas..perlu selalu tajdid niat..jadi lagi produktif..jadi qudwah..jadi insan yang manfaat pada orang lain..bijak membahagi masa..bijak menguruskan prioriti..jadi muslimah yang lebih baik...jadi doktor yang eager to learn.ops.hmm,insyaAllah...jadi anak yang bejurus kepada mek dan ayoh..juga jadi bakal isteri yang solehah..another second ops! kui3..hmmm,banyaknya azam...moga terlaksana hendaknya..
p/s :
- banyak lagi nak cerita..tapi x larat..maybe in the next post
- terpikir pula..bahasa isyarat bisu org arab ngan orang melayu sama x agaknya..any idea?
- x sabar nak tunggu hadiah dari bonda tercinta..hmmm..sweetnya..=)
1 comment:
Jadi contoh terbaik untuk adik..dan keturunan akan datang.. insyaallah!
Post a Comment