assalamualaikum wbt..
semakin hari meniti hidup di jalan ini...semakin aku faham,semakin aku yakin dengan apa yang aku imani...sukarnya ya Allah nak menyampaikan ISLAM pada umat akhir zaman.. kalau hari ini sudah macam ni keadaannya..bagaimanakah untuk abad yang akan datang...masihkah bersisa ISLAM untuk mereka..takutnya memikirkan perkara ni..yaa sahabat, benda ni la yang patut kita takuti dan fikirkan bersama...
tak malukah kita kelak bertemu Rasulullah saw dalam keadaan umat kita sekarang..walhal,kita lah umat yang Rasulullah saw rindui satu ketika dahulu...
Satu tika, sedang Rasulullah S.A.W berkumpul di dalam satu majlis bersama sahabat2, tiba-tiba bergenang air mata Baginda S.A.W. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang mereka tidak senangi di wajah Rasulullah. Apabila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, Baginda mengatakan bahawa terlalu merindui umatnya yg disebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa iri hati sehinggakan Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanyakan Rasulullah, "bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab,"tidak, kamu semua adalah sahabatku. Ikhwanku adalah umatku yg belum pernah melihatku tetapi merekaberiman dan sangat mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka."
pelbagai fahaman telah menusuk dalam jiwa yang bergelar manusia hari ini..sehinggakan kehidupan dan ibadah dipisahkan menjadi elemen yang berlainan..walhalnya..ISLAM itu agama yang lengkap, x pernah mengasingkan ibadah dari kehidupan...jika islam ibadatnya,maka islam lah kehidupannya..itulah keindahan ISLAM..
wahai syabab..ayuh bangkit,sesungguhnya kerja itu lagi banyak dari masa yang kita ada....moga Allah redha
ya muqallibalqulub..thabit qulubana ala deenik...moga dipermudahkan kefahaman insan kerdil seperti saya..masih banyak perlu belajar,perlu faham,dan yang paling penting..perlu amal..moga diberi kekuatan untuk sahabat2 dan juga saya..amen
lintasan hati
11.37pm
Azzarita, Alexandria..Egypt
No comments:
Post a Comment