Friday, December 23, 2011

it is not something,BUT it's everything..

assalamualaikum wbt..

lama sudah tidak mencatat kata-kata basah di ruang ini. alhamdulillah,selesai sudah sem 11 tengahari tadi..ala kulli hal qul alhamdulillah ala kulli nikmah..exam kali ni agak horrible,melangkah ke dewan exam bukan dengan ilmu penuh di dada tapi  hanya dengan cukuplah ape yang ada,melangkah dengan penuh rasa tawakkal,..huhu..dek kerana gap antara dua subjek yang agak pendek,hampir kesemua pelajar perubatan tahun 6 alex menjelma sebagai "zomba" semalam..horrible bukan..huhu.ok enuf.tapi sedar x sedar melepasi malam yang sgt tragis tu sebenarnya adalah a BIG INDICATOR saying that..we are one step behind a title of  a DOCTOR..it's more horrible i guess..huhu.. yang mana nanti.. ujian kita bukan lagi pada kertas A4,tapi pada makhluk tuhan yang juga bernyawa..betul atau salah "jawapan" kita untuk exam itu..membawa sequel yang sangat besar..untuk itu, perlunya ada rasa tanggungjawab yang laaaagi besar..kerana ia bukan sekadar tanggungjawab,tapi sebuah amanah..^^,..okeh,habis cerita seram..

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

it is not something,BUT it's everything..

so what it is? it's TARBIYYAH..

sejenak terfikir..kita tidak akan pernah mampu mendefinisikan tarbiyyah sacara tepat selagimana kita di jalan ini..sebabnya saya katakan begitu,hanya kefahaman kita dalam tarbiyyah itu sahaja yang mampu membantu kita untuk mendifinisikan ia secara tepat..dan kefahaman itu dibina secara beransur sehingga x tahu bila akhirnya,kerana seorang hamba yang dahagakan tarbiyyah,Allah tidak akan pernah sunyi dari mentarbiyyah dirinya sama ada secara "direct" mahupun "indirect"...namun,bila setepatnya kita mampu menuturkan ia secara telus..itu tidak penting bagi kita..selagi kita merasakan kemanisan disebalik apa yang kita lalui...

kemanisannya, ianya hanya boleh dirasa pada jiwa yang ingin melalui jalan ini..yang mana dalam tarbiyyah ini,kita sama2 bergerak tanpa meninggalkan mereka yang juga punya tujuan yang sama dgn kita,sama2 membina diri,saling tanassuh, saling melengkapi,diterapkan dengan pelbagai pengisian..dari sini lahirnya jiwa yang dulunya kontang,namun kini basah dengan kalam2 Allah..bila berada di kalangan mereka,kita akan rasai sendiri yang ianya "meresap"~^^,-

and again,everything begin with tarbiyyah..
<songofMyheart>


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Aku sedang futur,
solatku umpama persinggahan hambar,
puasa?Aaah…perutku tak tahan lapar,
malamku berlalu tanpa qiamullail,
mashafku tersisih tagih perhatian,
catatan amalanku mengeluh  hampa
Aku sedang futur,
melangkah ke jilsah terasa susah,
mendengar pengisian terasa muak,
aku mahukan bebas dan rehat,
bukan langkah yang sering diatur,
bukannya taklifan yang sering membeban.
Aku sedang futur,
bermalas santai menonton filem,
bertukar cerita berbual kosong,
lebih ku suka dan ku damba,
dari ziarah yang belum tentu hasilnya,
dari tazkirah yang belum pasti penerimaannya.
Aku sedang futur,
dakwah bagai merampas segala,
studyku..wangku..masa lapangku,
amar makrufku bukannya dipeduli,
nahi mungkarku dibiar sepi,
jadi..untuk apa aku bertahan lagi?
Ya, aku memang sedang futur!
Tapi kenapa kalian menjauh?
Mengapa tiada tangan yang menghulur,
memaut bahu berkongsi kekuatan,
menutur mau’izah mendamai jiwa?
Bukankah kita umpama bangunan,
saling menguatkan pabila lemah,
saling memperingat tatkala lupa?


puisi menarik untuk dikongsi dari seorang ukhti..ayuh akhawat,sama2 kita berhulur tangan..sama2 kita mendamba Jannah Allah yang mahal itu..amen

No comments: