Bismillah..
isu hangat malam ini dibincangkan seusai kelas tafaquh fiqh, isu kristianisasi yang makin menular di Malaysia...satu persatu isu dikupas..dari isu Natrah,kepada isu Hartini kamaludin kemudian isu Lina Joy...isu2 yang SEHARUSNYA membuka mata kita anak muda khususnya...
suatu ketika dahulu,penduduk tanah melayu pernah lunak bersuara memperjuangkan isu Natrah, berani bangkit berjuang kerana mereka rasa isu ini bukan lah isu yang boleh diambil remeh..kerana mereka rasa izzah dengan islam itu sendiri..namun hari ini,kita boleh lihat sendiri..kita seakan hilang kuasa untuk bersuara hatta dimuka pengadilan sekalipon..isu murtad masih lagi mendapat hak..yang dilaungkan hanyalah "hak kebebasan beragama"..keizzahan islam dalam diri semakin pudar,kerana lemahnya akidah walau bergelar islam..islam itu hanya pada kulit semata,bukan pada isi..
jangan main2 sahabat, kristianisasi ini isu yang bermula sebelum kita merdeka lagi..zaman portugal dulu2..sudah sampai dakyah mereka bertapak di negara kita..jangan kita x tahu, dikala kita sibuk berdakwah menyampaikan islam..mereka lagi rancak merancang strategi untuk menyampaikan dakyah mereka..satu statement yang mengancam "kebatilan yang terancang akan mengalahkan kebenaran yang tidak terancang"..huh,kita patut takut dengan statement ni..T_T
untuk pencerahan yang lebih,saya kongsikan artikel ini gerakan kristianisasi di Malaysia
isu murtad yang lahir hari ini adalah berakar umbi dari lemahnya iman,lemahnya pegangan islam dalam masyarakat kita hari ini..sekali lagi,pendekatan yang terbaik adalah "prevention is better than cure"..ia bermula dari diri anda dan saya..islah diri,kerana keluarga,sahabat2,dan masyarakat diluar sana amat memerlukan bantuan anda...tanamkan niat dan tekad untuk kita sama2 membantu mereka mengajak mereka kearah islam yang indah ini..juga sama2 merasai kemanisan islam itu sendiri..
jadi sahabat, isu MURTAD ini isu kita bersama.isu yang memerlukan kita bersatu untuk pertahankan akidah kita yang satu. dalam isu ini, x perlu kita memandang LABEL..engkau org X ke..engkau org Y ke..kita wajib memperjuangkan isu ini..kerana,asalnya kita adalah dari jenama yang sama,yakni ISLAM..untuk itu kita perlu merasa izzah dengan islam yang kita ada..
PROUD TO BE MUSLIM ^^,
PROUD TO BE MUSLIM ^^,
wallahualam.
>>>>>>>>>>>>
p/s:
-sekadar berkongsi, tegur saya kalau ada yang silap..^^,
-pertama sekali,tentu sekali saya tujukan apa yang saya tulis ini pada diri saya....moga manfaat juga untuk yang membaca..
-cuba hayati lirik lagu dibawah ni..isu AKIDAH isu kita BERSAMA...
No comments:
Post a Comment