Sunday, July 29, 2012

bismillah..

dear dairy,

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..tiada kata yang layak ku ucap melainkan Alhamdulillah.. hari ini selesai sudah 6 tahun perjuangan di bumi kinanah ini..tiadalah kudrat bagi diriku ini melainkan ianya daripada Engkau ya Rabb..dan tiada aku hari ini melainkan kerana Engkau ya Rabb..Allahuakbar..besarnya kasih sayang Allah..x pernah sekali dia biarkan aku alpa..dikala aku sedih aku terasa dipujuk,dikala aku alpa aku rasa ditarik ke "tract" semula..dikala aku futur,ayat2Mu menyentuh kalbu..rasa x pernah putus dihujani rahmat Mu yang agung itu..maka nikmat manakah lagi yang ingin kita dustakan??? beruntung jadi seorang islam, sentiasa berteman..takkan pernah kesepian..

walau dilanda ujian,itu juga kasih sayangNya..untuk menguji tahap manakah keimananmu wahai sang abid..untuk itu, ambil masamu untuk menangis..namun jangan biar ia berlarutan,zikir dan fikir hikmah disebaliknyaa..insyaAllah akan kau temui hikmah disebaliknya..~

teringat di bangku sekolah dulu..seorang sahabat..cita2nya amatlah tinggi,padanlah dgn tuannya yang bijak itu..=)..katanya " esok2..aku bila grad aku nk duk sebaris dgn omputih..mu x nak ke oji??"..hehe. masa tu, saya hanya mampu tersenyum..takut untuk menaruh harapan tinggi sepertinya..takut diri ini tidak layak.. takdir Allah, kami sama2 sudah habis tahun 6 alhamdulillah..dan dia, freshly graduated from Moscow University as Dr, Izyan Shabihah..=).. seronok melihat kawan2 semua berjaya.~

kalau difikir, saya anak orang kebanyakan saja..keluarga merantau dari selatan thai..keluarga selalu diherdik orang  ramai suatu ketika dahulu..kata orang hidup menumpang!!menyusahkan org!!jasa ibu, x pernah jemu menadah telinga..asalkan anaknya cukup makan dan minum....menadah tohmahan pon xpe, sehingga anak2nya semua bersekolah macam yang lain..alhamdulillah x dapat nak hitung rezeki Allah yang melimpah ruah itu.. x tahu mana datangnya,subhanallah..Allah hadiahkan satu persatu sehinggakan sekarang..kami sekeluarga seperti yang lain..punya rumah,harta milikan sendiri...

xde ape yang aku nak banggakan dari apa yang aku miliki hari ini..melainkan ia dari sang khaliq..aku selalu igtkan diriku dgn kisah hidup keluargaku..supaya aku tidak lupa akan asal ku bukan seorang yang senang..asalku hamba yang penuh kekurangan..yang mengangkat kami hanyalah rahmat daripadaMu ya Allah..Allahuakbar.. 

semoga dgn rahmat ini boleh mendekatkan kami lagi kepada mu ya Rabb..bukan sebaliknya..

wasalam

>>>>>>>>>>>>>>>

teringat.... waktu bulan ramadhan biasanya mek akan "off " sekejap niaga..jadi..banyak masa yang dia habiskan berehat kat rumah..selalunya, petang2 saya akan bantu dia didapur..tiap2 tahun, mek akan bercerita ulang benda yang sama..yakni kisah keluarga kami dulu2,dek kerana saya anak ke empat..maka banyak cerita yang dilalui abg dan kakak saya saya x tahu..dan tiap kali mek cerita kisah hidupnya, saya x boleh x menangis..terharu dikurniakan ibu setabah beliau..

Allah,kau sejahterakanlah kedua ibu bapaku ya Allah..moga Syurga milik mereka..

No comments: