Saturday, September 1, 2012

MA BA'DA RAMADHAN..=)

bismillah..

Alhamdulillah..sudah hampir masuk "nisfu" syawal..sudah separuh bulan beraya..macamana dengan puasa sunat syawal sahabat2? sudah setel ?? xpe..masih separuh syawal lagi berbaki, sangat sempat lagi bagi yang belum berkesempatan puasa ..kejar yeop! kejaar..=p

mengimbau kembali semasa sebelum kedatangan Ramadhan, masa tu..semua org pon sangat excited.."Ramadhan is coming!!", semua orang pon mula countdown..keterujaan makin terasa dari hari kehari..mana x nya, bulan yang penuh barakah bakal tiba..bulan yang kita rindui bakal muncul..bulan yang mana semua org berlumba2 untuk melakukan kebaikan..semua orang mula memasang azam masing2,semua org pon x nak tertinggal dalam perlumbaan kali ni..dan semua org pon rasa nak buat yang erbaik untuk ramadhan kali ni..begitu juga dgn saya,keterujaan yang sama saya rasakan..ditambah pula bila saya lihat vedio tahajjud malam 27 diimani sheikh hatim di Masjid Ibrahim..yang mana situasi seperti itu akan saya lalui untuk terakhir kalinya pada tahun ini..sebak memenuhi dada, saya xtahu darimana dtgnya perasaan seperti itu, tapi ianya x pernah saya rasakan melainkan ketika saya berada dibumi kinanah ini..perasaan yang rindu berbaur sedih akan ditinggalkan ramadhan yang basah seperti ini...mungkinkah adalagi ramadhan seperti ini untuk saya di bumi sendiri? wallahuallam..saya tidak tahu..yang pastinya , kesedihan itu akhirnya menagih air mata yang mahal dari kelopak mata seorg hamba..T_T

masyaAllah, bila tibanya bulan Ramadhan..masing2 meletakkan juhud yang tinggi untuk jadikan ramadhan kali ni Ramadhan yang terbaik atau lebih baik dari Ramadhan yang sebelum2nya..kalau dulu puasaku hanya pada menahan lapar dan dahaga,kali ni aku nak puasa dengan sebenar2 puasa yakni bukan hanya pada lapar dan dahaga,tapi puasa mulut,mata, telinga..aku nak perbanyakkan amalan2 sunat, aku nak tingkatkan quality ibadatku,aku nak kurangkan ..masing2 dengan azam masing2..macam2 yang dilakukan sebagai manifestasi syukur pada sang khaliq.tahniah dan syabas!! kepada mereka yang berjaya melalui ramadhan dengan bersungguh2 dan penuh pengharaapan..semoga apa yang kita persembahkan diterima Allah swt.

dan kini kita di fasa post-Ramadhan..macamana kita sahabat, masihkah kemanisan atau kelazatan ibadah yang sama kita rasakan pada sebulan yang lepas kita rasai? atau kita sudah lupa dgn apa yang kita usahakan sebulan yang lalu?? harapnya x kan..dan ketahuilah sahabat, antara tanda Ramadhan kita diterima Allah adalah walaupon berlalunya ramadhan , seseorang itu KEKAL dengan momentum yang sama pada ketika ramadhannya,kalaupon seseorang itu tidak mampu..sekurang2nya dia boleh jadi lebih baik dari dia sebelum ramadhan.apa ertinya jika kita melepasi madrasah Ramadhan , tapi kta kembali menjadi orang yang lama.. sepatutnya seseorang yang melepasi atau graduated dari sesebuah institusi,patutnya lebih handal,lebih kuat, lebih bersemangat dan lebih beramal dgn apa yang dia tahu..jadi sahabat, ketahuilah yang TAQWA itu bukanlah bermusim..bukanlah ia hanya berbuah pada bulan Ramadhan sahaja tapi TAQWA yang sebenar adalah ia subur sepanjang waktu..x kira tempat, x kira masa, x dibatas dengan waktu2 tertentu..yakni sebagai manifestasi syukur kita pada DIA yang memberi ..kerana kita bukanlah hamba Ramadhan,tetapi kita HAMBA kpd ALLAH swt..

moga manfaat daripada apa yang saya nukilkan ini..bukanlah bererti saya yang memberi peringatan ini maka saya lah yang lebih baik dari mereka yang membaca/mendengar..bukan begitu! tapi hanyalah saya juga hamba Allah yang tidak pernah sempurna ..semoga ketidaksempurnaan diri ini juga mampu memberi manfaat pada diri org lain..wallahualam =)

salam ukhuwah ^^,


No comments: