bismillah..
saya mulakan entri ini dengan ayat yang cukup mengingatkan..
..yang menjadikan mati dan hidup supaya Dia menguji kamu,siapa diantara kamu yang lebih baik amalannya.. (al-mulk yat 3)
ayat ini cukup memberi makna dan peringatan bagi diri yang kerdil ini.
rumusannya simple, HIDUP + MATI = UJIAN..
hidup dan komposisinya..dan mati dgn komposisinya tersendiri yang jelas dan nyata ianya ujian dari Allah...yakni kita diuji dengan kematian insan yang kita sayangi, apatah lagi kematian diri sendiri yang akan berhadapan dgn malaikat maut (sebagai JPJ) sebelum berlepas ke fasa yang seterusnya..tidak berhenti disitu..ada pula chekpoint seterusnya bersama malaikat mungkar nangkir..disoal dgn bermacam2 soalan dgn habuan yang setimpal dgn jawapan yang kita berikan..bukankah itu cukup menakutkan..huhu..+_+..
bagaimana pula hidup sebagai ujian?? terasakah anda sedang diuji dimukabumi Allah ini?..jika ianya suatu yang memenatkan,menyusahkan,menyempitkan,menyakitkan dan me-(anda tambah)..iya! benar,kita sedar yang kita sedang diuji...namun, bagaimana pula jika ujian itu berbentuk kesenangan,keselesaan,kekayaan,ketenangan,kesihatan dan ke-(anda tambah ^^,)..mungkin kita terlepas pandang yang ianya juga adakah ujian . malah lebih sukar untuk kita hadapi ujian seperti itu..kerana dalam kondisi ini,kita mungkin selesa dan terlupa kepada SIAPAkah yg memberi keselesaan itu sebenarnya..seperti mana ayat ini menceritakan..
Katakanlah (wahai Muhammad):
"Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri- isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah- rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehinggga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
jadi, sahabat..untuk diri ini dan diri anda..ketahuilah, yang kita sedang bermain dipentas dunia...dan ada disana HAKIM yang menilai siapakah yang baik diantara kamu...dan siapakah yang kufur diantara kamu..dengan nikmat yang DIA berikan..wallahuallam..
untuk pembacaan yang lebih boleh klik sini : KENALI TUHAN YANG MENGUJIMU..
No comments:
Post a Comment