Sunday, November 11, 2012

TAK KENAL MAKA TAK CINTA..^^


bismillah..

 entry pertama di bumi sendiri..alhamdulillah Allah mudahkan segalanya.selesai lapor diri. .dan kini saya di kampung halaman menaip entry dgn damainya bertemankan suara cengkerik dan hujan renyai2.. nyai2..hihi

 ops! kenal siapa? cinta siapa pulak tu ?

 ilham untuk menulis entry kali ini lahir bilamana saya melepasi satu slot berita tv3 tentang 11 usul yg disarankan untuk membaiksemula halatuju PAS sebagai parti yg benar2 memperjuangkan islam..hmm,bagi saya ia suatu langkah yang sgt baik..bukan hanya pada pihak pembangkang,tapi juga pada pihak sebaliknya..kerana yg kita ingin selamatkan adalah ISLAM itu sendiri..ISLAM yang semakin hari semakin rakus dirobek pihak musuh..apapun,sudah mulai nampak bibit2 kesedaran dalam diri masyarakat hari ini..moga Allah mudahkan segalanya.. :)..

 jadi sahabat.dari situ..buat saya terfikir2..kalaupon benar cinta itu buta..bagaimana boleh seseorang cintakan seseorang tanpa dia kenal pon siapa yg dia cintai tu?.sekurang2nya tahu peribadinya..tahu akhlaknya..kalaupon x tgk rupa..huhu..sama juga dgn ISLAM yang kita imani..bagaimana bisa pertahankan agama yang memelihara kita sebagai umat yang paling mulia ini jika kita tidak cuba mengenali islam yang syumul itu..islam yg adil itu.. islam yg indah itu.. islam yang tidak membezakan darjat/taraf seorang hamba....mana mungkin? melainkan kita cuba mengenalinya..kita cuba bertahammul dgn nya..kita cuba hidup dgn nya..dan kita cuba rasai sendiri pemeliharaan di bawah jagaannya.. subhanallah..

 entri ini..sy tulis kerana saya rindu bumi saya ditarbiyah..bumi yg juga menyuburkan rasa cinta terhadap risalah yg dibawa Nabi.. kerana tarbiyyahlah yg mengenalkan diri ini dgn islam yg sebenar..tarbiyyahlah yg menjadikan hati ini basah...dan tarbiyyah juga mengajar erti ukhwahfillah yg sebenar..terima kasih Allah atas nikmat yg x ternilai ini..

 p/s:

1-selalu saya igtkan diri ini..andai diri ini sayangkan tarbiyyah ini..pasti diuji sejauhmana sayangnya diri ini pada tarbiyyah ini..moga saya ikhlas dan redha dgn apa yg telah dan bakal berlaku. 

2-hmmm..cuma terfikir-fikir..itu saja..

 3-ops!harapnya entry ini tidak berbau politik..sekadar berkongsi sedikit kefahaman dgn sahabat..sy pon x pasti smpai ke tidak ni.boleh like/unlike/ignore kalau x bersetuju..boleh juga tegur kalau saya salah..:) 

wasalam

Wednesday, October 24, 2012

SABAR wahai hati..

bismillah..

thabbit kulubananala deenik ya rabb..T_T



>>>>>

tarbiyyah menuntut pengorbanan, dan asas kepada sebuah pengorbanan adalah al-hubb (cinta) , kita memberi apa yang kita sayang, bukan memberi sekadar yang kita x nak..^^

Tuesday, October 16, 2012

hmmph!

bismillah...

graduation ceremony patut jadi hari yang paling membahagiakan atau menyedihkan? huhu.. membahagiakan sbb hari ni la hari yang kita tunggu2 sejak hari pertama menjejak kaki ke university..sedih sebab lepas je hari graduasi tu..semua org disperse... masing2 membawa diri ke destinasi masing2..tanpa kita sedar hari terakhir satu batch yang selama 6tahun bersama2 harungi suka dan duka berkumpul bersama adalah hari yang sama.. everything get mixed inside..>_<

>>>>

just graduated!!




with Dr. une and Dr.Hidayah dan akhawat yg disayangi..^^

with Dr.pah

 with Dr.Husna 

 with Dr.ezza..

we are Q-berians! 


>>>>>>>>>

p/s: mengemas bilik..jumpa memori lama..x tahu nk buat apa.hoho.temenung sekejap..T_T. 
kadang2, hidup ni komplikated juga ya...yang pasti,DIA lebih tahu apa yg baik untuk hambanya..susunan Allah itu cantik,enggak mungkin ada yg sia2 bg hambanya. sabar ya T_T.



Saturday, October 13, 2012

BIG DAY!

bismillah...

TODAY IS THE DAY!!

HAPPY GRADUATION TO ALL ALEXANDRIAN GRADUANDS CLASS OF 06/12 ^^,

p/s:

-sebak memenuhi dada..huhu..jange tiyok deh T_T..


Friday, October 12, 2012

sumpah DOCTOR..

bismillah..

this is the oaths in arabic version  with translation that we have to recite on the graduation ceremony...^^,

>>>>>>>>>>>>>


قَسم الطبيب


Sumpah Doktor


اقَسِمُ بِاللهِ العَظِيم
Aku bersumpah dengan Allah yang Maha Agung


أَنْ أُرَاقِبَ اللَّهَ فِي مِهْنَتِي

Untuk menyedari pemerhatian Allah dalam pekerjaanku


وَأَنْ أَصُونَ حَيَاةَ الإِنْسَانِ فِي كآفَّةِ أَطْرَافِهَا، فِي كُلِّ الظُّرُوفِ وَالأَحْوَالِ

Dan memelihara nyawa manusia tidak kira peringkatnya, dalam setiap hal dan keadaan


بَاذِلاً وِسْعِي فِي إِنْقَاذِهَا مِن الهَلَاكِ والمَرَضِ والألَم والقَلق

Dengan bersungguh-sungguh menyelamatkannya daripada kebinasaan, penyakit, kesengsaraan dan kebimbangan


وَأَنْ أُحْفَظَ لِلنَّاسِ كَرَامَتَهُم، وَأَسْتُرَ عَوْرَتهُم، وَأَكْتُمَ سِرَّهُمْ

Dan menghormati kemuliaan manusia, dan menutup keaiban mereka, dan menyimpan rahasia mereka


وَأَنْ أَكُونَ عَلى الدَّوَامِ مِنْ وَسَائِلِ رَحْمَةِ اللهِ

Dan sentiasa menjadi penyalur rahmat Allah


مُسْخِراً كُلَّ رِعَايَتِي الطِّبِّيَّةِ لِلْقَرِيْبِ وَالبَعِيدِ، وَالصَّالِحِ وَالطَّالِحِ، وَالصَّدِيقِ وَالْعَدُوِّ

Bersedia memberi khidmat perubatan bagi yang dekat dan jauh, baik dan jahat, kawan dan lawan


وَأَنْ أُثَابِرَ عَلَى طَلَبِ العِلْمِ المُسْخِرِ لِنَفْعِ الإنسَانِ لاَ لِأذَاه

Dan komited dalam menuntut ilmu, berdedikasi untuk manfaat manusia, bukan untuk menyakitinya


وَأَنْ أُوَقِّرَ مَنْ عَلَّمَنِي، وأُعَلّمَ مَن يَصْغُرَنِي

Dan menjunjung guru-guruku, dan mengajar yang muda


وأكون أخاً لِكُلِّ زَميلٍ في المِهنَةِ الطِّبِّيَّةِ مُتَعَاوِنِينَ عَلى البِرِّ وَالتَّقْوَى

Dan menjadi saudara bagi setiap rakan sekerja, tolong-menolong dalam perkara kebaikan dan ketakwaan


وَأَنْ تَكُونَ حَيَاتِي مِصْدَاقَ إِيمَانِي فِي سِرِّي وَعَلَانِيَتِي، نَقِيَّة مِمَّا يُشِينُهَا

Dan menjadikan hidupku sebagai pembenar imanku, dalam sembunyi dan terang, suci dari apa-apa yang mencemarinya


تِجَاهَ اللهِ وَرَسُولِهِ وَالمُؤْمِنِينَ

Kerana Allah, RasulNya dan kaum mukminin


وَاللهُ عَلَى مَا أَقُولُ شَهِيد

Dan Allahlah sebagai saksi akan perkataanku ini


>>>>>>>>>>>>>>>>

dalam x sedar, setiap bait kata2 tu..bermaksud, kita bersumpah dengan nama Allah yang kita akan memegang amanah yang Allah taklifkan ke bahu kita ini dengan besungguh2, betul2,... Allahurabbi..
besar tanggungjawab tu.. moga kami tidak culas dan diberi kekuatan dalam memikul amanah ini..amen. >_<

Monday, October 8, 2012

mengukir KENANGAN..

bismillah...

20days more to go..>_<

something got mixed inside..sedih ade,takut ade,gembira ada..huhu..

sedih! ye benar.. sedih kerana dalam masa 20 hari saya bakal meninggalkan bumi tarbiyyah ini,bakal meninggalkan bumi yang banyak mengajar diri ini,bakal pulang ke negara sendiri yang mana saya xtahu bagaimana penerusan tarbiyyah saya disana..allahurabbi,thabitqulubana ya rabb..tiadalah yang memegang hati ini melainkan Allah swt.>_<.. tarbiyyah bukan segala-galanya..tapi segala,galanya bermula dari tarbiyyah..

kenapa diri ini rasa terikat sangat dgn tarbiyyah? sbb yang ketama adalah bg diri saya , nadi yang sebenar bagi seorang muslim adalah tarbiyyah itu sendiri..bilamana jika adanya ia maka hiduplah islam dalam diri dia, namun jika tanpanya bukanlah dikatakan islam dalam dirinya mati selagimana dia beriktikad dgn lailahaillallah..TAPI mungkin in the state of coma ataupun iman yang dibius.iman itu ada..tapi mungkin dalam kondisi yang kita terleka,cuai,lalai dsb..wallahualam.. dan dgn kerana tarbiyyah inilah juga,lahirnya pemerintah yang tawadduk seperti Dr.Morsi..pemerintah qudwah di zaman yang penuh materialistik ini.. hidup dengan cara islam, berhukum dengan hukum Allah dengan merujuk pada Quran dan sunnah tinggalan Rasulullah..bukan lah bermaksud saya nak jadi pemerintah mcm dr.Morsi..cuma diri ini rasa jatuh cinta dengan qudwah yang dipamerkan..dia hidup dgn apa yang dia katakan..dan saya suka jika ianya juga hidup dalam diri setiap kita dan generasi2 yang seterusnya supaya suatu hari nanti x mustahil..suasana dari kalangan sahabat Rasulullah juga wujud di kalangan masyarakat kita..huhu.angan2 semalam adalah kejayaan pada hari ini. jadi ..angan2 hari ini x mustahil untuk jadi kejayaan untuk waktu mendatang kan? wallahualam..bila, bagaimana..saya pon x tahu..=)

takut! aduh..pertamanya sekali saya takutsaya futur bila berseorangan di malaysia nanti dgn enviroment nya yang berbeza..saya takut saya xmampu..huhu..takut yang teramat.>_<..keduanya, takut untuk melangkah ke fasa seterusnya..yakni alam pekerjaan itu sendiri..almaklum sahaja graduan luar negara biasanya terkenal dgn COP kurang skill, incompetent...takutnya..jika saya salah seorang yang menyumbang  ke arah itu..moga saya tidak culas dlm menjalankan tanggungjawab bila bekerja nanti.hem, ilmu medik entah ke mana dah ni..2 bulan cuti, 2bulan juga la saya x buka buku..adoyai...fasa peralihan ini mungkin menjadi fasa yang sukar bagi semua org..iyalah,daripada x pernah menjadi pernah..it is something BIG bagi saya..huhu. but everything begin with the first time right? T_T..keep thinking ..hmm,how will be my first time of everything?? aaa~

gembira!yaaa..yang ni memang x boleh nak nafi lah..disebalik sedih dan takut tu..excited tu mencelah..hihi..2 tahun x bertemu family ..sape x rindu..^____^..ok dah.titik!

menghabiskan sisa2 waktu mengukir kenangan di ardhul kinanah..lets make it! ^^,


Wednesday, October 3, 2012

KENALI TUHAN YG MENGUJIMU...

bismillah..

saya mulakan entri ini dengan ayat yang cukup mengingatkan..

..yang menjadikan mati dan hidup supaya Dia menguji kamu,siapa diantara kamu yang lebih baik amalannya.. (al-mulk yat 3)

ayat ini cukup memberi makna dan peringatan bagi diri yang kerdil ini. 

rumusannya simple, HIDUP + MATI = UJIAN..

hidup dan komposisinya..dan mati dgn komposisinya tersendiri yang jelas dan nyata ianya ujian dari Allah...yakni kita diuji dengan kematian insan yang kita sayangi, apatah lagi kematian diri sendiri yang akan berhadapan dgn malaikat maut (sebagai JPJ) sebelum berlepas ke fasa yang seterusnya..tidak berhenti disitu..ada pula chekpoint seterusnya bersama  malaikat mungkar nangkir..disoal dgn bermacam2 soalan dgn habuan yang setimpal dgn jawapan yang kita berikan..bukankah itu cukup menakutkan..huhu..+_+..

bagaimana pula hidup sebagai ujian?? terasakah anda sedang diuji dimukabumi Allah ini?..jika ianya suatu yang memenatkan,menyusahkan,menyempitkan,menyakitkan dan me-(anda tambah)..iya! benar,kita sedar yang kita sedang diuji...namun, bagaimana pula jika ujian itu berbentuk kesenangan,keselesaan,kekayaan,ketenangan,kesihatan dan ke-(anda tambah ^^,)..mungkin kita terlepas pandang yang ianya juga adakah ujian . malah lebih sukar untuk kita hadapi ujian seperti itu..kerana dalam kondisi ini,kita mungkin selesa dan terlupa kepada SIAPAkah yg memberi keselesaan itu sebenarnya..seperti mana ayat ini menceritakan..

Katakanlah (wahai Muhammad): 
"Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri- isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan  merosot, dan rumah- rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehinggga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).


jadi, sahabat..untuk diri ini dan diri anda..ketahuilah, yang kita sedang bermain dipentas dunia...dan ada disana HAKIM yang menilai siapakah yang baik diantara kamu...dan siapakah yang kufur diantara kamu..dengan nikmat yang DIA berikan..wallahuallam..

untuk pembacaan yang lebih boleh klik sini : KENALI TUHAN YANG MENGUJIMU..