Kerana merendahkan diri di hadapan Tuhanku adalah mulia dan kerana mengadu kepada selainNya adalah hina!
Aku ingin berlari,
Tak mahu lagi berhenti,
Aku ingin mencari,
Tak peduli lagi panas mentari.
Aku ingin terbang bebas di awan tinggi,
Biar lepas semua rasa di hati,
Aku ingin mencari Robbi,
Yang tak pernah memandangku sipi.
Aku ingin menyepi
Di malam hari
Bersama Kekasih yang tak pernah pergi
Dan ku tahu Dia kekal di sisi
Dialah Allahu Robbi.
Allah,
dengarkan rintihan hatiku ini!
Aku tidak mahu hanya bicara ibarat Sang Zuhud,
Namun amalku tak ubah seperti seorang munafiqun dan Firaun.
Aku tidak mahu mengejar yang namanya ilusi
Bayangan duniawi, diwarnai nafsu nafsi
Aku tidak mahu ya Allah!!!
Aku mahu penuhkan hatiku untukMu,
Biar kutegar hadapi apapun ujianMu
Aku mahu Kau kuatkan hatiku
Yang mudah jemu dan mudah semu
Aku mahu Kau sentiasa ingatkanku
Bahawa nanti aku pasti terbujur kaku
Aku mahu bersamaMu sebelum saat itu
Aku mahu merindukanMu, ya hanya Kamu!
Ya Allah, bersihkan jiwa kotorku...
Ampunkan andai aku hanya pandai bermain bahasa dan bersilang kata
Ampunkan khilafku,Maafkan salahku.
Allah, aku penat, aku lelah,
Tapi pada siapa harus kutuju?
Kalau bukan Kau yang sentiasa menemani hari-hariku???
Allah...ampunkan salahku, berkahi hidupku.
Kerna aku cuma hambaMu.
Yang tidak memiliki apapun dari langit atau bumiMu.
Allah..bersihkan jiwaku.
Jangan palingkan aku dariMu.
Kuatkan langkahku di jalanMu.
Teguhkan kakiku di landasanMu
Allah, hanya Engkau yang tahu segala-galanya tentangku...
Aibku, Maluku, Dosaku, semuanya dibawah pengetahuanMu...
Maka ampunkan aku ya Alah...Ampunkan....
Ikhlaskan hatiku untuk mencariMu, bukan selainMu!!
Ya Allah, kerna jalan ini masih terlalu jauh untuk kutempuh...
Maka jangan Kau biarkan kurebah dan lumpuh...
Aku pohon ya Allah, teguhkanlah jiwaku yang rapuh...
Ameen...
...................................................................................
perkongsian dr seorang sahabat..cukup puitis..cukup bermakna..
Ya Allah..aku pohon padamu ya Tuhan..sekeping hati yang kerdil dalam memngingatiMU..entah bagaimana harus ku nyatakan apa yang aku rasa disaat ini....tapi aku tahu,yang Engkau lebih mengetahui,...tenangkan hambaMu ini ya Allah...buang kan segala gelisah yang menempel di hati...kerana hati ini selayaknya hanya untuk diriMu..aku mohon kekuatan dari Mu ya Rabbi..amen.
No comments:
Post a Comment