assalamualaikum wbt..
sempena kelas dua jam je hari ni..makanya my weekeNd begin earlier..ngeh2..seronok betol di round ENT..banyak masa lapang..betul juga kata seorang sahabat.."kadang2,yang membezakan hari cuti dan hari kuliah hanyalah 2jam kelas"..huhu..banyak masa lapang buat ape ya?aaaa..terkadang bila seronok sangat dengan masa lapang tu..kita dalam x sedar mismanage nikmat masa lapang..lupe pula dengan masa sempit yang x tau bila pula akan tiba..kan kaaan...muhasabah siket..>_<..
erm smalam, pergi jumpa dentist untuk filling..biasalah bila dah tua..gigi pon dah berumur..longgar situ longgar sini..ohok2 (nazak benar bunyinya)...oh ape yang saya nk cerita..sebelum dentist tu kerjakan gigi saya..dia letak anaesthesia..phew, rasa macam paralyse sebelah mulut ni,bibil tebal 13inch..rasa macam facial nerve yang supply muscle di situ betol2 paralyse..x rasa apa2..kalaupon helikopter yang jatuh kat situ pon saya masih bole senyum..(erk,hyperbebola pula dia punya discription)..setelah selesai semua,makanya saya pulang ke rumah menyantap makan malam...waktu tu kesan anesthetic masih lagi ada..jadinya,saya makan dgn muscle yang paralyse sebelah....betol2 rasa macam hilang satu nikmat..x dpt menikmati makanan dengan baik..juga makanan yang kita makan,x terasa pon walau ia bekumpul kat sebelah yang paralyse tu..sedar2 dah betimbun dah..(erk,sila jangan bayangkan)buruk beno gayanya..rasa macam sangat ada yang x kena..entah,hanya yang pernah merasai yg tahu..tapi..subhanallah..Allah bagi saya rasa macamana perasan hilang deria rasa walau untuk seketika...bagaimana pula untuk mereka yang ditakdirkan untuk hilang deria rasa sepanjang hayat??..maka,nikmat mana lagikah yang hendak kita dustakan??....even se unit receptor itu pon dari Allah,apetah lagi yang lain...subhanallah..
sekadar berkongsi ....ayuh kita express-kan syukur kita pada yang lebih Berhak..moga kita tergolong dalam golongan yang sedikit itu..
......................................................................
Pernah satu ketika saudara, seorang Badwi berdoa di hadapan kaabah. Di dalam doanya, dia bermunanjat kepada Allah taala dengan memohon;
Ya Allah, Ya Tuhanku, Jadikanlah aku daripada golongan yang sedikit.
Doanya ini didengari oleh Saidina Umar al-Khattab yang kebetulan berada di situ. Seusai Badwi ini berdoa, lantas Saidina Umar memanggilnya lalu bertanya;
Mengapakah saudara berdoa dengan doa yang pelik daripada orang? Orang lain meminta perkara yang banyak, tetapi saudara minta yang sedikit?
Lalu Badwi ini menjawab;
Sesungguhnya apa yang aku sebut ini ada terkandung di dalam Al-Quran.
Mendengarkan jawapan itu, Saidina Umar bertanya lagi;
Di mana di dalam al-Quran itu?
Kata Badwi tersebut;
Tidakkah Amirul Mukminin pernah mendengar firman Allah taala;
“Dan sedikit sahaja dari hamba-hambaKu orang-orang yang bersyukur” (surah Saba’ 34:13)
wallahuallam..^_^
p/s:oh kiri kanan orang berbicara pasal tiket balik melesia..oh ojie...bertahan..~agagaga~
p/s:oh kiri kanan orang berbicara pasal tiket balik melesia..oh ojie...bertahan..~agagaga~
2 comments:
fabiaiyialaaairobbikumatukazzibannn.. :)
jee. awat. kamu balik kan?
hee..amboooi,incik mane yang sebarkan propaganda ni?? keke..x bagi kata putus lagi la akak..aritu just tanya pendapat aban...hoho..rupenya org melesia igt saya memang balik kah~
Post a Comment