Thursday, February 16, 2012

AWAS!

Satu kisah
Diceritakan dari kisah Abi Qasim Al-Junaid bahawa pada suatu hari, beliau ingin menguji sejauh manakah pelajarnya merasakan muraqabatullahSWT (pengawasan Allah) terhadap mereka .
Kata Abi Qasim: “Baiklah. Esok akan diadakan perjalanan ke padang pasir. Setiap daripada kamu dikehendaki untuk membawa bersamanya seekor ayam dan menyembelihnya di tempat yang tiada siapa pun yang melihat kamu. Seterusnya, kita akan memasaknya dan makan bersama-sama.”
Keesokan harinya, para pelajar itu datang dengan tugasan yang telah diselesaikan kecuali seorang. Pelajar itu datang dan bersamanya seekor ayam yang belum lagi disembelih.
Kata Abi Qasim“Mengapa kamu tidak melaksanakan pesanku, wahai anakku?”
Pelajar itu pun menjawab: “Tugasan kami adalah menyembelih ayam ini di tempat yang tiada siapa pun yang melihat kami. Aku telah pun mencubanya. Tetapi,  jika aku masuk ke dalam rumah, maka, aku dapati yang  Satu ini ada bersamaku. Apabila aku naik ke atas bumbung, yang Satu ini ada bersamaku. Sekalipun apabila aku masuk ke dalam hutan belantara, aku dapati Dia sentiasa bersamaku.”
Maka, Abi Qasim pun bertanya lagi: “Siapakah yang Satu yang engkau maksudkan itu?”
Anak itu menjawab dengan penuh keyakinan: “ALLAH.”
Maka, dirangkulnya pelajar itu dan berkata: “Engkau adalah anakku yang sebenar.”

>>>>>>
muraqabatullah..merasai pengawasan dari Allah..sedar x yang kita sedang diawasi sahabat,walau sedetik kita tidak pernah terlepas dari pengawasan itu.teliti sekali kita dijaga.namun sahabat, x semua waktu kita mampu rasa yang kita sedang diawasi..bila iman mendahului nafsu, masyaAllah rasa dekat sgt dengan  Allah..nak buat benda yang x elok pon pikir2..even sekecil pembalut gula2,takut sangat nak buang merata..takut malaikat belah kiri catit..T_T...tapi sebaliknya bila nafsu jauh mendahulu iman..bagaimana kita sahabat?x perlu jawab di sini? sama2 kita fikir ,renungkan,dan i'laj (rawat) diri kita...sama2 kita cari redha Allah
ya Allah, bantu kami untuk menjaga diri kami,menjaga hati kami, menjaga kata2 kami,menjaga perlakuan kami ..agar kami tergolong dalam mereka yg Engkau redhai..amen.
yuk! jaga diri!

No comments: