Kerana ini jalan pilihanku
Tidakkan sunyi dari badai yang memukul
Jalan yang kupadukan seluruh jiwa dan raga
Bergerak seiring, bersama seisi dunia milikku
Kugadaikan hanya demi merebut cinta-Nya yang tiada ganti.
Kerana jalan ini pilihanku
Bukan mudah untuk menghidu Jannah Firdaus milik-Mu
Cemuhan, jelingan, kata-kata orang bakal mengelilingi aku
Bila manusia berfalsafah tanpa ilmu
Dan tanpa minda yang bebas bersuara
Penuh firasat mencetak minda di dalam kotak
Semangatnya berkobar, matlamatnya samar
Dan pada ketika
Mereka menabur cereka di sana sini
Entah apa yang benar apa yang tidak
Akan aku ingatkan diri
Inilah jalan yang asing, bukan semua manusia akur menepatinya.
Kerana inilah jalan pilihanku
Biar kalam manusia bertebaran
Biar tangan-tangan halangan mendepa menyekat
Aku berhenti sejenak, menyedut nafas
Kulafazkan berkali-kali pada hati sendiri
Berjalanlah wahai daie!
Kerana hidup mati ini demi Rabbul Izzati
Kerana niat kita hanya satu dalam menggerakkan amal ini!
Masih ramai yang terkapai-kapai mencari
Erti hidup bersama Rabbi
Kerana dakwah ini demi redha Ilahi
Teruskan, walau terguris, walau lelah menggamit diri.
Kerana jalan dakwah ini pilihanku
Mengejar Jannah bukanlah mudah dan menyenangi diri
Kalam dan bicara saja takkan membuahkan hasil
Biar amal kita terus bersuara
Mengaum jauh lebih kuat dari manusia-manusia yang berbicara.
Kisah kita mengislah ummah masih panjang jalan ceritanya
Untuk merungkai dan menyusun plot-plot cerita
Mencantum satu persatu menjadi sekuen yang sukses dan nyata
Bukan semudah kamu menulis dengan pena sahaja
Bukan semudah kamu berteriak menunding jari mencari salah sesama mukmin mukminah.
Kerana jalan dakwah ini jalan yang panjang…
Pesan aku kepada kamu kawan dan rakan
Tinggalkan pembesar suaramu
Kerana jalan ini pengakhirannya hanya satu
Kerana hadaf utama berkerja untuk ummah juga hanyalah satu
Demi mencari redha Allah
Ke arah beramal, kita aturkan langkah!
Nota 1 : Seseorang yang faham tentang dakwah akan mengerti bahawa sesama pembawa dakwah tidak akan saling menjatuhkan, malah saling mengisi kekosongan yang tidak mampu digendong bersendirian.
Nota 2 : Minda yang bebas dan terbuka adalah minda yang sihat. Ia adalah minda yang diharapkan lahir daripada susuk-susuk pemuda yang terpelajar, bukan pemuda yang menutup segala peluang untuk membangunkan diri dan saluran kerjasama.
Nota 3 : Dakwah milik setiap individu (baca: setiap individu wajib memikul tanggungjawab menyampaikan kefahaman Islam yang sebenarnya kepada masyarakat). Maka, apa persediaan kita untuk mengesani dan menyumbang kepada masyarakat?
oleh: ukhti Nadiah Noruddin..^^,
dukturah daieyyah..insyaAllah.^^,
HKM 2012... moment to be memorize ^^
HKM 2012
kemanisan dalam kepenatan
HKM 2012
kuliyyah banat Al-Azhar Iskandariah..
program yang sangat bes..alhamdulillah...ya Allah, kekalkan kemesraan hati2 kami, ikatkan hati2 kami dalam karunia imanMu..tunjuki kami jalan yang Engkau redhai..ameeen..amen ya Rabbal a lamin..
p/s:oh j..e..r..a..w..a..t!! T_T..sila jgn kira,krn ianya x terkira.. sob2..

6 comments:
jerawat itu adlh satu SENI... ^^,v
hoho SENI..mcm boleh digubah2 pula ya~
SENI pertahanan emosi..T_T
mujur kite xde jerawat..
hehe
X_X..huhu,patut la kemain lagi kate seni ~
'gud and bad things-All are from ALLAH.^^,,let's say alhamdulillah"-miss optimis
betol3x...^_^
sy ckp seni sbb nk suh awk xpikir -ve tntg jrwt tu hihi...
spy jrwt xmenghantui idup awk.
^^,
bkn perkara yg besar pon nk dipikirkan kan..adoi.oltromen2..T_T..
tp jerawat bkn seni(x boleh terime)..T_T
Post a Comment